3 bulan tanpa updates?

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Lamanya saya tidak bersiaran kat sini! Last post ialah masa nak sambut bulan Ramadhan. Ini? Post ni pulak lagi 4 hari nak sambut Hari Raya Aidladha. Betapa lamanya tak update blog ni, lebih kurang 3 bulan! Haa, bukan saja bersawang, tapi dah ada penunggu agaknya :)



Dah ada baby yang semakin membesar dengan semakin banyak akal dan ragamnya, kekangan masa pun semakin menghimpit. Yer, ia memang mencabar. Penat badan dan mental berganding seiring. Bekerja dari rumah (sebagai Ghost writter dan berniaga online) memang meletihkan. Kadang-kadang rasa tak boleh nak fikir nak buat apa dah untuk bisnes.

Tapi, syukur alhamdulillah, rezeki sentiasa ada, walaupun saya dah jarang share tentang bisnes dan produk di social media. Memang, rezeki adalah jaminan Allah. Saya yakin pada ketentuan tu. Cuma, menjadi diri saya yang agak workoholic, bila saya tak dapat buat apa  yang saya plan nak buat atau patut saya buat, saya rasa macam alahai, tensennya!

Antara yang saya tak dapat buat ialah untuk update blog ni sekurang-kurang 3 kali seminggu. Saya sentiasa ingin sharing apa yang saya buat dan perkara berkaitan kerjaya sebagai surirumah dan working at home mother (WAHM), tapi kekangan masa membantutkan semua tu.


InsyaAllah, saya akan cuba konsisten update di sini at least 3 kali seminggu. Oh ya, selamat bercuti sekolah, selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat hari raya aidiladha buat semua.

Sehingga berjumpa lagi.

Sayang rindu,
Rahayu Rashid
Panduan dan Inspirasi Wanita Bekerja di Rumah

Comments

Kuazue Mohd said…
tak sabar nak baca tulisan cik puan lagi

Popular Posts