Posts

Showing posts from December, 2016

Syarat untuk Kuatkan Mental

Sumber: Facebook Diana Ishak

1. Jangan takut buat sesuatu bersendirian. Jangan sentiasa expect buat apa-apa nak ber-geng. 2. Jangan hidup dalam masa yang lalu. Past is past. Move on. 3. Jangan harap semua orang wajib tolong kita. 4. Jangan harapkan semua yang dibuat hasilnya akan dapat serta-merta. Belajar bersabar. 5. Tak payah nak beria senangkan hati semua orang. Asal jangan buat orang sakit hati dah. 6. Jangan buang masa menyesal benda yang dah jadi. 7. Jangan buang tenaga pada perkara yang kita tak dapat kawal. 8. Jangan biarkan sebarang-sebarang orang mempengaruhi emosi kita. Lebih-lebih lagi yang takde kaitan dalam hidup kita. 9. Jangan marah dengan kejayaan orang lain. 10. Jangan jauhkan diri dari tanggungjawab. 11. Jangan mengalah kalau gagal kali pertama. Baru first time kot. Failure expected. 12. Jangan takut ambil risiko.

Aktiviti Cuti Sekolah WAHM

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi Rahayu Rashid


Diam tak diam, dah minggu kedua cuti sekolah. Oh! Cepatnya masa berlalu. Kami duduk di rumah saja kerana emak dan adik saya berada di sini sejak seminggu lepas. Duduk diam-diam walaupun bosan tak ingat dunia. Maklumlah, dah ada beberapa plan nak jalan-jalan, tapi nampaknya terpaksa lupakan saja... sobbb sobbb.
Anak-anak enjoi jer bila nenek dan ayah su mereka kat sini. Hariz la paling heaven, sampai mandi pun taknak. Musim agak sejuk sekarang ni kan, mandi pun kena paksa. Amboi, sakan dia bercuti. Cuti sekolah, mandi pun dia mengelat!
Dania pulak, bizi dengan Ara dan Zorro. Siapa mereka ini? Mereka ini ialah kucing gelandangan yang datang ke sini sejak sebelum puasa lepas. Ara dah sekali beranak dah, Zorro tu anak Ara. Sekarang? Ara bunting lagi. Wawawwaaaa! Bertambah komitment. Anak Ara yang lahir sekali dengan Zorro 2 mati dan sekor lagi MIA. Rasanya mati juga masa kami ke Melaka Ogos lepas.
Nizam sibuk dengan kerja sana-sini.…

"Lama tak menulis disini"

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi Rahayu Rashid

Assalamualaikum.

Lama tak menulis disini. Lebih dari 2 bulan!
Saya sihat-sihat ajer. Masih lagi aktif berblog di dua lagi blog saya iaitu:

Personal Blog: www.ayurashid.com
Oh Wanginya De'Xandra: http://dexandra-perfume.blogspot.my

Sudilah kiranya menjenguk di sana ya :)



Hari ni dah pun 5hb Disember 2016.  Musim tengkujuh dah bermula Beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara dah mulai hujan berterusan dan banjir Semoga Allah melindungi mereka di sana dan dipermudahkan urusan untuk menghadapinya.
Bila tiba bulan Disember. Ia sinonim dengan cuti sekolah dan persediaan untuk ke sekolah tahun depan Banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan Anak seorang dua, okey lagi Bila dah lebih dari itu, mungkin pening juga kepala ibu bapa memikirkan.
Dengan segala benda kos semakin naik dan naik Sikit sebanyak ia membebankan dan merunsingkan
Sebagai surirumah, kita boleh membantu ringankan beban suami Sama-sama bantu untuk membeli kelengkapan…