Wanita MESTI ada Sumber Pendapatan Sendiri!

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Kehidupan ini sukar untuk diramal. Kesenangan hari ini, tidak menjamin untuk hari esok dan seterusnya. Begitulah putaran sebuah kehidupan.



Apabila memegang title surirumah, salah satu perkara yang menjadi 'kegerunan' ialah "apa akan jadi pada nasib diriku dan anak-anakku andainya dahan tempat bergantung telah patah? 

Contohnya ialah bila suami meninggal dunia (nauzubillah), perceraian atau suami hilang pekerjaan yang menyebabkan hilangnya sumber pendapatan kita sekeluarga.

Memang, rezeki adalah jaminan Allah. Namun, kita mesti berusaha. Tiada yang datang bergolek di depan kita. 

Sebab itulah, sejak 6 tahun tidak bekerja makan gaji, saya akan sentiasa berusaha untuk miliki pendapatan bulanan sendiri. 

Anda bagaimana?

Comments

Popular posts from this blog

"Lama tak menulis disini"

Rezeki Pertama dari Allah melalui Akademi Bekerja di Rumah