Trend Baru Bekerja di Rumah


Suatu ketika dahulu, seseorang yang berada di bangku persekolahan selalu menyimpan azam untuk menjawat tinggi di sector kerajaan atau swasta. Jika ada anak gadis yang mempunyai prestasi cemerlang dalam pelajaran atau bercita-cita menjadi suri rumah akan dianggap bodoh. Kalau sudah cemerlang dalam pelajaran, kenapa perlu duduk di rumah sahaja? Bukankah membazir masa belajar dengan tekun, tetapi tidak bekerja di pejabat?
Kini, keadaan semakin berubah. Seseorang wanita yang mengaku sebagai suri rumah, mungkin sedang menjana pendapatan berlipat ganda. Dalam situasi tertentu suri rumah sepenuh masa mampu meraih pendapatan melebihi wanita yang bekerja di luar rumah. Bukan sekadar menjadi pengurus rumah tangga, malah masih mampu mencipta peluang pendapatan sambilan atau sepenuh masa.

Situasi 1
“Kak, kerja ke? Atau buat bisnes?” Tanya seorang jurujual yang sedang mempromosikan produk kecantikan kepada seorang wanita. Tidak dapat meneka wanita yang melangkah masuk ke salun, berstatus suri rumah, bekerja atau usahawan. Sekali pandang seperti suri rumah, dua kali pandang seperti bekerja.
Wanita yang ditanya tersebut hanya tersenyum dan menghulurkan kad bisnes. Pada kad bisnes tersebut tertera nama dan laman web bisnes yang diusahakan. Jurujual tersebut kini memahami wanita yang singgah di salunnya bukan sekadar suri rumah, tetapi suri rumah yang juga bergelar usahawan.

Situasi 2
Ketika jarum jam menunjukkan pukul tiga petang, hari Selasa. Wanita bekerjaya sudah tentu sedang melakukan tugas di pejabat atau sedang menghadiri mesyuarat. Sebaliknya pula wanita yang bekerja dari rumah, pilihannya sama ada mahu bekerja pada hari tersebut atau menjadikan hari Selasa sebagai hari cuti.
Jam tiga petang biasanya boleh membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau mula merancang menu petan istimewa untuk keluarga. Berbanding mereka yang bekerja, selepas penat seharian bekerja, pada waktu malam dengan masa yang terhad banyak perkara atau kerja yang perlu dilangsaikan. Ini termasuk memasak, mengemas rumah, menyiapkan persiapan untuk hari esok dan memantau persekolahan anak-anak. Kadangkala disebabkan keletihan, banyak kerja yang ditangguhkan dan ada yang tidak sempat diselesaikan.

Pilihan wanita kini
1. Bekerja dari rumah semakin menjadi pilihan yang menarik bagi individu yang mahukan kebebasan bekerja dalam erti kata sebenar.

2. Jika dahulu seseorang wanita bekerjaya dilihat telah mencapai standard yang menunjukkan pencapaian yang bagus bagi seorang wanita. Selepas melalui beberapa fasa kehidupan, seseorang wanita bekerjaya mahu kembali menguruskan rumah tangganya sendiri akan memilih bekerja dari rumah.

Comments

Popular Posts