Wednesday, March 2, 2016

Terapi Wanita Bekerja di Rumah | Wangian dalam SOHO

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Assalamualaikum.

Ada orang bayangkan, wanita bekerja di rumah adalah selekeh, tak bersiap dari pagi sampai ke malam asyik berbaju t-shirt dan kain batik atau lagi haru berbaju kelawar koyak sampai ketiak!

Oh tidak! Saya bukan macam tu. Saya suka melawa dan bersiap dirumah. Tapi takder la melawa melampau kan. Cukuplah sekadar 'presentable' untuk keselesaan diri saya sendiri. Kerja di rumah pun kena tampil yakin dengan diri sendiri.

Bayangkan kita mengadap laptop, dan didepan kita adalah orang nampak kita. Haaa, macam tu la. Jangan fikir nak keluar bekerja ajer kena pakai cantik dan wangi-wangi, di rumah juga kena jaga penampilan.

Dan... saya sentiasa amalkan pakai perfume! Tak kiralah sebelum bisnes De'Xandra Perfume atau sebelum tu lagi. Saya dan suami adalah penggemar perfume original. Tapi, sejak ada De'Xandra Inspired Perfume ni, memang lagi best la menyembur :)


Ini adalah perfume De'Xandra yang saya letak khas dalam SOHO saya.
Lancome Treasure Midnight Rose.
Baunya memang lembut, segar dan membangkitkan mood untuk saya bekerja.




15 minit sebelum saya 'check-in'dalam SOHO, saya akan on ekon, kipas dan sembur 2x perfume ni di langsir tingkap. Lepas tu, on laptop dan saya turun semula ke tingkat bawah.
Lebih kurang 15 minit, lepas tu saya akan naik semula ke SOHO dan mula bekerja.

Buka saja pintu bilik. Wow! Bau semerbak mewangi dengan udara yang sangat sejuk dan segar.
Saya suka suasana SOHO yang selesa begini. 
Kerana, disinilah tempat saya bekerja dan berkarya.
Anak-anak juga suka buat kerja sekolah dan main lukis-lukis dalam bilik ni masa saya bekerja.




Maka, nikmat yang manakah lagi yang hendak saya dustai?
Inilah sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan kepada saya.


Inilah terapi wanita bekerja di rumah | Wangian!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...