Terapi Wanita Bekerja di Rumah - Melayan Hobi

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Assalamualaikum.

Wah! Pasti ramai yang masih mood bercuti kan? Maklumlah, kebanyakan sekolah cuti seminggu minggu lepas sempena Tahun Baru Cina. Maka, pasti ramai ibu bapa yang ambil kesempatan bercuti sama. 

Meriah tengok kat wall di Facebook. Ada yang balik kampung, ada yang pergi bercuti dan tak kurang juga yang memerap saja di rumah... erkkk! kami sekeluarga la tu hahah.

Alhamdulillah, takper memerap kat rumah jer pun. Sebab permata hati kami sekeluarga ada di sini. Siapa lagi kalau bukan emak saya yang anak-anak panggil Nenek Jah.

Alhamdulillah, kerana Allah masih pinjamkan emak dan Nenek Jah buat kami sekeluarga. Emak saya datang ke sini sejak awal bulan Februari lepas. InsyaAllah, Jumaat atau Sabtu minggu ni dah nak hantar mak balik. Anak-anak dah mula merengek tak bagi nenek balik. Mama dorang pun dah mula rasa sayu. Tapi, nenek jah terpaksa balik dulu untuk temujanji dengan hospital pada 6/3/2016 nanti. InsyaAllah, cuti sekolah bulan Mac nanti kita balik kampung. Kalau nenek nak ikut, kita bawak nenek datang sini!


Kami buat apa kat rumah cuti seminggu? Takder buat apa pun. Cuma tidur, makan, tengok tv, main, jalan-jalan gi beli lauk kat kedai hahaahh dan saya masih berbisnes dari rumah seperti biasa.





Emmmm.. sejak beberapa hari ni, terasa dah lama tak buat 'lawatan tapak' ke nurseri. Terasa ingin cari pokok money plant yang segar bugar untuk letak atas meja SOHO. Okey. nanti kita ajak suami pergi nurseri. Tak susah untuk terapi seorang ibu bekerja dari rumah macam saya ni. Dapat pergi nurseri pun dah hipp hippp hooreeyyy! 

Yelah, ajak suami pergi Ikea Cheras asyik dijawabnya "tunggu papa ambik cuti, kita pergi hari kerja, tak jem". Alahaiii dah tu dia yang manjang asyik kerja, bini dia ni bukan kerja pun... eh! kerja... tapi saya kerja sendiri. Sayalah boss dan sayalah kuli! 

Okey... sehingga berjumpa lagi. Kepada anda yang bekerja, selamat menjalankan tugas dan jangan lemau-lemau tau :)

Comments

Popular Posts