Monday, February 29, 2016

Masa Berkualiti Wanita Bekerja di Rumah

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Rahayu Rashid

Seiring meningkatnya usia anak, kita mungkin rasa tugasan seorang ibu semakin ringan. Betul ke? 

Tiada betul, dan tiada salahnya. Ia fleksibel. Bergantung kepada bagaimana seseorang wanita itu dan suaminya menguruskan masa mereka. Tanggungjawab mendidik anak-anak dan menguruskan keluarga bukan tanggungjawab isteri sahaja, tetapi ia tanggungjawab bersama: suami dan isteri.


Pengurusan masa berkualiti wanita bekerja di rumah sangat crucial. Kerana, di rumahlah kita bekerja. Kita sentiasa dikelilingi anak-anak. Memang saya akui, agak mencabar untuk fokus kepada kerja bisnes dan anak-anak. Cuma, saya cuba siapkan kerja berkaitan bisnes secepat mungkin semasa anak-anak berada di sekolah.

Bila mereka di rumah, saya lebih fokus kepada mereka. Dan, gadjet bukanlah alat yang sentiasa 'melekat' dengan saya. Tapi ini memang kena disiplin dan saya selalu juga terbabas :P

Jadi, uruskan masa dengan baik antara keluarga dan kerja/urusan bisnes. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita bersama, InsyaAllah.


NOTA: 
Lawati blog Oh Wanginya De'Xandra Perfume untuk mendapatkan De'Xandra Perfume atau ingin menjadi sebahagian daripada Rakan Niaga saya (Agent Borong atau Dropship).


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...