#2Kerja | Wanita Bekerja dan Berniaga

Teks: Rahayu Rashid
Image: Rahayu Rashid


Trend wanita bekerja dan berniaga bukan lagi fenomena luarbiasa di negara kita.

Rata-rata wanita menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.

Jadi, tidak pelik bila Datuk Ahmad Maslan menyuarakan cadangan agar Penjawat Awam khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk membuat #2Kerja. 

Jika ia perkara baik, tak perlu pertikai cadangan itu datangnya daripada siapa.

Ambil saja daripada sudut positif.
Ia sebenarnya bukan cadangan baru, sebab ia memang dah lama dilakukan oleh rakyat Malaysia tidak kira lelaki atau wanita.

CUMA...
Mereka perlu jujur, amanah dan disiplin kerana kerja makan gaji dengan majikan ada peraturannya yang telah ditetapkan majikan dan paling utama juga dipantau oleh Majikan yang 'di atas' iaitu Allah Taala.

Anda pasti faham apa yang saya maksudkan.

Semoga rezeki kita daripada #2Kerja, #3Kerja atau berapa banyak pun bilangan #Kerja yang kita lakukan adalah daripada sumber yang halal dan memberi manfaat.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.


Comments

Popular Posts