Demi Masa... Untuk WAHM

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berada dalam tahun 2016. Eh! Ada ke antara kita yang rasakan bahawa cepatnya masa berlalu, dah 4hb Januari dah!

Yer, begitulah cepatnya waktu bergerak! Bukankah nikmat masa yang lapang adalah satu satu daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kita? Sedangkan sentiasa disebut bahawa rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati




Jadi, jika anda adalah seorang surirumah atau working at home mother (WAHM) anda juga tidak terkecuali dengan disiplin pengurusan waktu. 

Pernah tak, jika satu hari tu kita terlewat bangun pagi (contohnya biasa bangun jam 5.30 pagi, tapi terlajak pukul 6.15 pagi baru bangun), haaaa kita merasalah macam mana kelam-kabutnya hari kita tu. Mana nak mandi, nak solat subuh, nak siapkan anak-anak ke sekolah, suami nak pergi kerja. Silap-silap, akibat lewat bangun tu seharian mood kita 'ke laut' sebab pagi-pagi mood dah swing sebab kelam-kabut tadi.

Jadi, mohon kepada Allah agar Allah berikan kelapangan waktu buat kita untuk uruskan ibadah, diri, keluarga dan kerjaya dengan baik. Semoga tahun 2016 adalah tahun yang lebih terancang buat kita dari segi pengurusan waktu.

Sehingga berjumpa lagi, wassalam. 

Comments

Popular Posts