2016| Impian Dan Azam

Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi



Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Setiap awal tahun, dah jadi kebiasaan kita akan buat azam baru... erkk atau sekadar renew azam tahun lepas yang masih belum selesai dilaksanakan atau belum tercapai.

Tapi takper, azam baru atau renew azam... itu bukan permasalahan besar yang buatkan kita rasa demotivate atau putus asa.

Nak ada azam baru, tak perlu tunggu awal tahun. Setiap detik dan hari adalah waktu untuk kita renew azam atau sekurang-kurangnya nak jadi lebih baik. Tak perlu menunggu, buat saja! Masa tak tunggu kita. Kita taknak buang masa dan taknak jadi orang yang rugi kan?


Jadi, apa impian dan azam anda untuk tahun 2016?
Berapa banyak yang tersenarai?

Azam kena ada, tapi tindakan tu macam mana?
Tindakan kita yang akan menentukan samada azam kita adalah matlamat atau sekadar angan-angan saja.

Tapi, saya yakin... anda yang membaca coretan ini adalah individu yang mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan.

Semoga kita semua berjaya melaksanakan dan mencapai azam 2016 ini.
Good Luck!





Comments

Popular Posts