Posts

Showing posts from January, 2016

SOHO| Suasana Kerja yang Selesa

Image
Teks: Rahayu Rashid Image: Google 
Assalamualaikum.
Saya ni suka berangan ada dekorasi Small Office Home Office (SOHO) yang selesa, cantik dan semestinya sentiasa kemas! Saya penghidap OCD yang tidak kronik. Syukur tidak kronik, kalau kronik, saya risau kerja saya asyik mengemas ajer hahaha.
Ini contoh dekorasi SOHO yang wow! memikat sangat!

Cantik kan? Kombinasi warna yang sangat lembut dan menenangkan. Dekorasi yang moden dengan perabot dan deco items yang minimalis, pencahayaan yang bagus dan pengudaraan yang pasti segar kerana diluar adanya pokok-pokok.
Tahukah anda?

Suasana ruang kerja yang selesa adalah sangat penting dan ia menjadi salah satu inspirasi untuk wanita bekerja dari rumah untuk konsisten dan bersemangat menjalankan aktiviti kerja dari rumah. Meluangkan masa berkualiti di ruang kerja atau SOHO adalah sangat penting untuk mencapai target dan matlamat bekerja di rumah sebagai Working at Home Mother (WAHM)
Jadi... bagaimana dekorasi SOHO idaman anda?

Peluang Menjadi Agent Dropship De'Xandra Perfume

Image
Sticky Post
Please scrool down for a normal post.


Assalamualaikum
Jika anda sedang mencari peluang menjana pendapatan dengan modal minimum; Anda boleh daftar sebagai Agent Dropship De'Xandra Perfume bersama team saya iaitu: Oh Wanginya.


Bimbingan dan tips online bisnes akan diberikan.
Jangan lepaskan peluang menjana pendapatan dengan produk yang sedang menjadi buruan ramai ini. 
De'xandra Perfume adalah 'lubuk' yang baru saja diterokai. Jadilah sebahagian daripada individu yang bijak mengambil peluang buat duit dengan wangian yang sedang menjadi fenomena ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya:
Rahayu Rashid 013 - 255 0727 (Whatsapp sahaja)
BLOG: Oh Wanginya http://dexandra-perfume.blogspot.my

10 Terapi seorang Ibu Bekerja di Rumah

Image
Teks: Rahayu Rashid Image: Rahayu Rashid
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apabila seorang wanita memutuskan untuk bekerja dari rumah, ini bermaksud mereka rela melepaskan kehidupan 'bersosial' mereka dengan kawan-kawan dan dunia luar. Jangan takut, saya bukan bermaksud kita akan menjadi katak di bawah tempurung. Tetapi, sedikit sebanyak kita telah menghadkan aktiviti sosial kita berbanding kita bekerja diluar di mana setiap hari kita akan dikelilingi majikan, rakan sepejabat dan orang awam atau pelanggan yang berurusan dengan kita.
Dunia kita kini: rumah, suami, anak-anak dan keluarga saja!

Jangan susah hati atau rasa oh bosannya hidup aku nanti. Macam mana ni, nanti dah tak tau perkembangan luar. Ini dah mengalahkan katak bawah tempurung hehe. Takder la sampai macam tu sekali. 
Bukankah dah ada pelbagai jenis media social. Kita masih boleh berhubung dengan kawan-kawan dan dunia luar kan? Malah bila dah sampai satu tahap umur, kita rasa lebih selesa dan nikmatnya berada d…

Super WAHM Super Mom

Image
Tajuk          : Super WAHM Super Mom Pengarang  : Masayu Ahamd Mukasurat  : 119 Kategori     : Bahasa Melayu, Blog Harga         : RM25
Sinopsis: Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah itu, penulis berkongsi 11 kisah inspirasi untuk tatapan pembaca. 
Wanita hari ini perlu bersedia sebelum buat keputusan berhenti bekerja. Walaupun tidak bekerja, menjadi surirumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah calang-calang tugas. Mereka perlu bijak urus masa, tenaga dan rumahtangga sambil mengekalkan motivasi di samping tugasan-tugasan di rumah. Bagaimana menangani stress, menangani cabaran bekerja dari rumah dan pelbagai tips dikongsikan juga di dalam ebook ini. Fahami apa maksud sebenar dan perbezaan di antara 3 kategori ini WAHM, SAHM dan SO…

Mahukan Inspirasi Bekerja di Rumah?

Image
Teks: Rahayu Rashid Image: Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai yang mahukan rahsia, tips dan inspirasi bekerja di rumah. 
Kenapa anda mahukan inspirasi sedangkan HANYA bekerja di rumah yang mana masih ramai lagi masyarakat yang memandang rendah wanita bekerja di rumah berbanding wanita bekerja makan gaji.
Oh! Itulah salah satu sebabnya!
Kita mahu inspirasi untuk 'topup' semangat kita! Kita hanya manusia biasa yang adakalanya semangat dan impian setinggi KLCC, tetapi adakalanya ia runtuh bedebuk setara dengan tanah yang mendatar. Salah satu faktor 'penyumbang' kepada runtuhnya semangat dan impian wanita bekerja di rumah ialah apabila kita mendengar kata-kata orang yang memperlekehkan dan memandang rendah 'kerjaya' kita ini. 

Jadi... ini dia saya nak share dengan anda rahsia Inspirasi Bekerja di Rumah yang boleh membantu anda kekal konsisten di dalam track yang anda bina dan semestinya ia sesuai sebagai persediaan untuk wanita yan…

Yeay! Mama Sudah Resign: Nota Inspirasi 5

Image
1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna.
Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.
Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.


Ini kisah SAYA! Baca seterus…

Inspirasi Kejayaan Wanita: Dato Sri Vida

Image
Teks: MalaysiaGazazette
Image: Carian Google Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa. "Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.

"Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal. "Ini kerana saya selalu fikir sampai bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu," katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya. Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia. Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000. "Tapi baru tahun pertama s…

Pakej eBook Persediaan Untuk Bekerja di Rumah

Image
Teks: Zaila Mohamad Image: Akademi Bekerja di Rumah
Jangan percaya janji-janji bahawa boleh membuat banyak wang dengan mudah dengan bekerja di rumah. Kalau itu benar kita semua akan melakukannya. Pejabat yang beroperasi di rumah memerlukan pengalaman, kemahiran, usaha luar biasa dan jaringan yang membantu. 
Manakala bagi bisnes yang baru bermula memerlukan sasaran pelanggan yang tepat, kemahiran penjualan yang baik, kerja keras, pelaburan, peralatan dan kelengkapan yang lengkap.
Tahu dan kuasai pasaran pekerjaan/bisnes yang anda lakukan. Setiap bidang sudah sedia ada potensi untuk dilakukan di rumah. Pendidikan, kesihatan, kecantikan, komputer, komuniasi, pengurusan atau apa sahaja. Terokai, selidik dan cari peluang yang sesuai dengan pendidikan, pengalaman dan minat.
Dapatkan pakej 3 ebook PERSEDIAAN Untuk Bekerja di rumah melalui saya. BACA & GALI dulu ilmu sebelum memulakan langkah seterusnya.


Harga untuk ketiga-tiga eBook Pakej Persediaan Untuk Bekerja di Rumah ini cuma RM100 sahaj…

Dropship| Platform Bisnes 'Mudah' Buat Surirumah?

Image
Teks: Rahayu Rashid Image: ABDR & De'xandra.com
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya pasti, ramai di kalangan pembaca yang membaca blog saya ini adalah di kalangan surirumah. Anda mungkin sedang mencari peluang untuk jana pendapatan untuk membantu suami, nak dapat duit poket sendiri dan anda minat berbisnes!
Tapi... mungkin ada kekangan yang sedang anda hadapi seperti:
1. Tak tau nak bisnes produk apa. 2. Takder modal besar untuk mula bisnes. 3. Takder ilmu bisnes. 4. Takder pengalaman langsung nak bisnes 5. Ops! Pernah ada sejarah 'gagal' dalam bisnes. 6. Masih dok survey nak bisnes apa sehingga tahun berganti sudah!
Jadi jika anda adalah antara individu yang tersenarai seperti di atas, maka saya cadangkan anda mulakan bisnes dengan modal minima, kurang risiko rugi dan ada bimbingan iaitu bisnes Dropship.

Banyak produk yang menawarkan sistem bisnes secara dropship. Dah ramai surirumah yang jana pendapatan dari 1 angka, 2 angka, 3 angka, 4 angka dan 5 angka ke …

Yeay! Mama Sudah Resign - Nota inspirasi 9

Image
Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah.
Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah.


Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. 


Pastikan sebelum berhenti sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula mengali ilmu dan mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu. - Nor Atiqah Hamidi


Dapatkan eBook Yeay! Mama Sudah Resign melalui saya:
Rahayu Rashid Whatsapp: 013 - 255 0727


Senarai Ebook Akademi Bekerja di Rumah

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Akademi Bekerja di Rumah


Berikut ialah senarai eBook Akademi Bekerja di Rumah.



Anda boleh membeli eBook-ebook ini secara:
1. Sebuah-sebuah
2. Pakej tawaran bulanan (yang akan dimaklumkan oleh Pengasas ABDR) di mana harga promosi bulanan adalah gabungan beberapa buah ebook dengan harga diskaun.
3.Bonus menyertai mana-mana Pakej Kelas Akademi Bekerja di Rumah 

Cara pembelian:
1. Pilih ebook(s) pilihan.
2. Buat payment kepada saya
3. Berikan alamat email, dan saya akan email ebooks dibeli kepada anda selepas bukti pembayaran diterima.
4. DONE!

Hubungi saya; Rahayu Rashid Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah 013 - 255 0727 (Whatsapp sahaja)

2016| Impian Dan Azam

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi



Assalamualaikum & Salam Sejahtera;
Setiap awal tahun, dah jadi kebiasaan kita akan buat azam baru... erkk atau sekadar renew azam tahun lepas yang masih belum selesai dilaksanakan atau belum tercapai.
Tapi takper, azam baru atau renew azam... itu bukan permasalahan besar yang buatkan kita rasa demotivate atau putus asa.
Nak ada azam baru, tak perlu tunggu awal tahun. Setiap detik dan hari adalah waktu untuk kita renew azam atau sekurang-kurangnya nak jadi lebih baik. Tak perlu menunggu, buat saja! Masa tak tunggu kita. Kita taknak buang masa dan taknak jadi orang yang rugi kan?

Jadi, apa impian dan azam anda untuk tahun 2016?
Berapa banyak yang tersenarai?

Azam kena ada, tapi tindakan tu macam mana?
Tindakan kita yang akan menentukan samada azam kita adalah matlamat atau sekadar angan-angan saja.
Tapi, saya yakin... anda yang membaca coretan ini adalah individu yang mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan.
Semoga kita semua berjaya …

Demi Masa... Untuk WAHM

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berada dalam tahun 2016. Eh! Ada ke antara kita yang rasakan bahawa cepatnya masa berlalu, dah 4hb Januari dah!
Yer, begitulah cepatnya waktu bergerak! Bukankah nikmat masa yang lapang adalah satu satu daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kita? Sedangkan sentiasa disebut bahawa rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu:
1. Sihat sebelum sakit 2. Muda sebelum tua 3. Kaya sebelum miskin 4. Lapang sebelum sempit 5. Hidup sebelum mati



Jadi, jika anda adalah seorang surirumah atau working at home mother (WAHM) anda juga tidak terkecuali dengan disiplin pengurusan waktu. 
Pernah tak, jika satu hari tu kita terlewat bangun pagi (contohnya biasa bangun jam 5.30 pagi, tapi terlajak pukul 6.15 pagi baru bangun), haaaa kita merasalah macam mana kelam-kabutnya hari kita tu. Mana nak mandi, nak solat subuh, nak siapkan anak-anak ke sekolah, suami nak pergi kerja. Sila…

Selamat Tahun Baru 2016

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Carian Google


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya doakan semoga tahun 2016 adalah tahun yang kita semua dikurniakan usia dan rezeki yang berkat, kesihatan yang baik, kebahagiaan diri dan keluarga yang melimpah ruah, kederasan rezeki yang mengalir umpama air terjun mengalir deras dan kita dapat menambah saham akhirat dengan sebanyak yang mungkin.
Dah ada azam 2016? Tak kira apa pun azam dan matlamat kita, semoga ianya tercapai.

Selamat Tahun Baru 2016; Rahayu Rashid Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah