Monday, August 3, 2015

Selamat Datang Ogos!

Teks: Rahayu Rashid
Image: Rahayu Rashid



Assalamualaikum para pembaca yang saya kasihi sekalian.

Setelah sekian lama saya tidak menulis di sini, Alhamdulillah pada pagi yang nyaman ini saya dapat kembali bersama anda. Ada yang merindui saya? 


Syukur kehadrat Ilahi, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kerana kita telah diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang lepas dan meraikan kemenangan pada bulan Syawal yang masih lagi berbaki beberapa hari saja lagi.


Anda pasti sibuk memenuhi undangan majlis rumah terbuka dan tak kurang juga dengan undangan majlis perkahwinan dan pelbagai jenis kendur-kendara. Sesungguhnya, rakyat Malaysia memang pemurah, suka bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. 


Dikesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada perbuatan atau coretan saya yang mungkin mencederakan emosi anda. SesugguhNya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri yang sangat dhaif ini.


Akhir kata untuk coretan 'warm-up' ini, saya ingin ucapkan juga:

Selamat Datang Ogos 
&
Terima Kasih Julai

Jom! Buka diari dalam lembaran baru, lupakan yang lepas namun jadikan ia sebagai panduan dan pengajaran untuk menjadi yang lebih baik. 

Salam Kejayaan Dunia & Akhirat;
Rahayu Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...