Tuesday, May 26, 2015

Bekerja dan Berniaga buat Para Suri. Mampu Ke?

Teks & Image: Rahayu Rashid


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Suka atau tidak, telah hampir 2 bulan kita dibebankan dengan GST sebanyak 6%. Sebagai rakyat, kita mungkin tidak faham sepenuhnya 'keistimewaan' pelaksanaan GST. TETAPI, yang kita rasai ialah beban kenaikan harga barang yang melambung secara drastik!


Sebanyak mana kita membuat mogok, mengeluh atau merintih, kita tidak mampu mengubah dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Jadi, sebagai rakyat yang semakin tertekan, apa yang boleh kita lakukan?


Antara cara yang boleh dilakukan ialah ubah ekonomi diri dan keluarga kita dulu. Kita tak perlu ubah ekonomi negara, kita ubah ekonomi kita.


Bagaimana nak ubah ekonomi diri dan keluarga? Sedangkan saya bekerja? Sedangkan saya tak pandai berniaga? Sedangkan saya hanya suri rumah yang mengharapkan duit belanja daripada suami? 



Percayalah, anda boleh lakukan. Mulakan dengan bisnes yang memerlukan modal paling minimun dan modal yang ada di tangan sahaja. Sikit-sikit dulu tak apa, jangan tamak. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sedangkan ia hanyalah money game yang akan menjerat leher anda.


Bermula sedikit, bermula betul. Anda mampu jadi jutawan dari rumah!

2 comments:

SitiBed Ibrahim said...

Assalam Sis Ayu Rashid,

Salam perkenalan dari saya.Ada luang waktu jemputlah visit blog saya ya :puansitizubaidahibrahim.blogspot.com

SitiBed Ibrahim said...

Assalam Sis Ayu Rashid,

Salam perkenalan dari saya.Ada luang waktu jemputlah visit blog saya ya :puansitizubaidahibrahim.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...