Wednesday, May 27, 2015

Bisnes yang Menguntungkan Dunia dan Akhirat. Mahu?

Teks dan Image: Rahayu Rashid



Dalam keterujaan menceburi bisnes, sebagai umat Islam pasti kita mendambakan bisnes yang menguntungkan dunia dan akhirat. 


Namun begitu, janganlah kita jadi hamba duit. Sehingga kita lupa atau terleka dengan suruhanNya dan laranganNya. 


Biarlah duit dan hasil bisnes yang kita perolehi memberi manfaat dunia dan akhirat, bukan sahaja kepada kita sebagai peniaga, bahkan juga kepada para pelanggan kita.


Untuk itu, sama-samalah kita 'semak' semula bagaimana cara kita menjalankan bisnes. Sesungguhnya kita hambanya yang lemah, terkadang terleka dengan godaan dunia.

Tuesday, May 26, 2015

Bekerja dan Berniaga buat Para Suri. Mampu Ke?

Teks & Image: Rahayu Rashid


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Suka atau tidak, telah hampir 2 bulan kita dibebankan dengan GST sebanyak 6%. Sebagai rakyat, kita mungkin tidak faham sepenuhnya 'keistimewaan' pelaksanaan GST. TETAPI, yang kita rasai ialah beban kenaikan harga barang yang melambung secara drastik!


Sebanyak mana kita membuat mogok, mengeluh atau merintih, kita tidak mampu mengubah dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Jadi, sebagai rakyat yang semakin tertekan, apa yang boleh kita lakukan?


Antara cara yang boleh dilakukan ialah ubah ekonomi diri dan keluarga kita dulu. Kita tak perlu ubah ekonomi negara, kita ubah ekonomi kita.


Bagaimana nak ubah ekonomi diri dan keluarga? Sedangkan saya bekerja? Sedangkan saya tak pandai berniaga? Sedangkan saya hanya suri rumah yang mengharapkan duit belanja daripada suami? 



Percayalah, anda boleh lakukan. Mulakan dengan bisnes yang memerlukan modal paling minimun dan modal yang ada di tangan sahaja. Sikit-sikit dulu tak apa, jangan tamak. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sedangkan ia hanyalah money game yang akan menjerat leher anda.


Bermula sedikit, bermula betul. Anda mampu jadi jutawan dari rumah!

Monday, May 18, 2015

Tapak Pengiklanan Murah!

Teks: Rahayu Rashid
Image: Akademi Bekerja di Rumah


Akan datang.
EBook terbaru daripada pengasas Akademi Bekerja di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad.


Anda berpeluang beriklan di dalam eBook 10 Langkah Bina Kedai Online dengan kos pengiklanan yang sangat murah!



Tapak pengiklanan ini hanya terhad untuk 100 tapak sahaja. 



Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Rahayu Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah

Whatsaap: 017 306 2007
Email: rahayu4179@gmail.com

Tuesday, May 5, 2015

Menikmati Indahnya Ciptaan Ilahi

Teks & Image: Rahayu Rashid


Hidup ini singkat, kerana dunia hanya persinggahan.
Segala yang kita miliki semuanya hanyalah pinjaman.
Entah bila, segalanya akan kembali kepada pemilik yang hakiki.

Terima kasih Ya Allah.
Atas segala-galanya.
Ampunkan hambaMu ini.
Andainya hambaMu ini pernah kufur dengan nikmatMu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...