Tuesday, April 7, 2015

Usahawan Akhirat

Teks & Image: Rahayu Rashid


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Sekuntum bunga yang mekar dan cantik pasti akan layu akhirnya. Kemudian, ia akan digantikan dengan bunga yang baru. Begitulah seterusnya proses yang berlaku sehingga pokok itu mati.


Begitulah kehidupan kita sebagai manusia. Setiap hari, mungkin kita akan merasa turun naik dalam kehidupan. Berdepan dengan masalah atau dilema, bersulam pula dengan bahagia dan derita.


Namun, kita punyai pilihan untuk terus bangkit berjuang. Kerana apa yang kita lalui adalah proses dalam kehidupan. Dugaan dan masalah mematangkan kita. Mendekatkan kita kepada Yang Maha Esa.


Kegembiraan dan bahagia pula adalah yang amat kita dambakan. Kejayaan menggapai impian yang kita bina adalah kemuncak matlamat yang ingin kita nikmati.


Inilah yang kita lalui, sehingga sampai masanya kita akan kembali ke dunia yang kekal abadi. Justeru itu, saya ingatkan diri saya yang kerap kali alpa ini:

“Kejarlah akhirat, dunia pasti mengejarmu”


Semoga kita semua menjadi usahawan akhirat yang berjaya. Wassalam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...