Syarat Bahagia: Antara Sebiji dan Sekeping KEK

Teks & Image: Rahayu Rashid


Andai kita fikir bahagia itu bersyarat, maka kita akan sukar menggapai kebahagiaan. Kita boleh tergolong sebagai individu yang lupa untuk bersyukur dengan setiap pemberian Allah, kerana kita tak pernah merasa cukup dengan apa yang kita miliki.




Ibaratkan kita sedang mengadap sebiji kek. Adakah kita ingin menikmati sebiji kek itu seorang diri barulah kita merasa puas dan bahagia?


ATAU...



Sebiji kek itu kita kongsikan seorang sekeping dengan orang lain, barulah kita benar-benar merasai nikmatnya kek itu. Kadang-kadang, kita leka bahawa kebahagiaan itu boleh hadir tanpa syarat. Ia hadir kala kita memberi, bukan dengan hanya menerima atau ingin memilikinya seorang saja.


Biasakan diri berkongsi walaupun sedikit, kerana kegembiraan lebih bermakna jika dikongsi bersama-sama. 

Comments

Popular Posts