SOHO| Printer

Teks dan Image: Rahayu Rashid


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Memiliki Small Office Home Office (SOHO) yang lengkap dan cantik sememangnya idaman saya. Saya idamkan SOHO yang kemas, selesa dan semua keperluan untuk bekerja dari rumah adalah lengkap. 



Alhamdulillah. Wishlist 2015 untuk SOHO saya sudah tercapai pada awal Januari 2015 yang lalu iaitu untuk membeli printer. Ia adalah hadiah daripada suami sempena harilahir saya pada 4 Januari. 


Printer jenama Canon ini mempunyai fungsi untuk mencetak, mengimbas dan fotostat. Kualiti cetakan juga sangat baik. Malah saya gunakan juga untuk mencetak gambar. Nampak gayanya, cepatlah ink printer ini habis!



Untuk memudahkan saya semasa ingin menggunakannya, saya letakkan di atas meja bulat sebelah meja kerja. Jika diletakkan di atas meja kerja, saya rasa ia agak semak kerana printer ini agak besar. 

Sudah jadi konsep SOHO warna putih kain lace pula :)


Agenda utama setelah memiliki printer ialah print koleksi eBook. Saya lebih suka membaca dalam versi fizikal (old school!).





PENGUMUMAN:
Program Dropship dan Bisnes Projek Duit Raya 2015 sudah boleh disertai sekarang. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular Posts