Friday, April 10, 2015

Renew Azam Setiap Hari

Teks: Rahayu Rashid
Image: Carian Google




Sebagai wanita bekerja dari rumah, setiap hari kita juga akan lalui hari-hari yang mencabar. Menangani tekanan secara bijak adalah sangat penting supaya kita dapat melaksanakan tugas harian sebagai isteri, ibu dan usahawan dari rumah.


Salah satu cara untuk kita mengekalkan momentum dan motivasi diri ialah memulakan setiap hari baru dengan azam dan semangat baru. 


Tidak perlu menunggu awal tahun sahaja untuk renew azam, kerana itu hanya membazirkan masa kita. Setiap hari adalah hari baru. Mulakan tindakan apa yang ingin kita capai pada saat ini. Jangan bertangguh. Bertangguh pencuri masa. Kita taknak jadi pencuri kan? Apalagi jadi pencuri kepada impian kita sendiri. 


Paling utama:
Nikmati saat ini dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan harapan. Jangan bertangguh kerana kita tidak tahu sampai bilakah usia masih dikandung badan.


Sehingga berjumpa lagi.
Salam Jumaat & selamat berhujung minggu.

1 comment:

Fyda Noh said...

Betul sangat.. apa lagi kalau yang ada kerja hakiki & buat bisnes macam saya. Kalau lemau, dua2 x jalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...