Tuesday, April 21, 2015

Pengurusan Kewangan Peribadi

Teks: Rahayu Rashid
Image: Google Image


Assalamualaikum.

Tidur lena dalam keadaan tanpa perlu memikirkan masalah kewangan adalah suatu nikmat yang pastinya kita dambakan. 


Justeru itu, kita tidak boleh menilai orang lain dengan hanya melihat cara hidup mereka, kerana hanya diri sendiri yang mengetahui setakat manakah kita 'bebas kewangan' dan bebas hutang. 

Pengurusan kewangan boleh diumpamakan meletakkan telur di dalam bakul. Jika terlebih muatan, pasti telur akan jatuh dan pecah!


Jadi, berhati-hati dalam pengurusan kewangan, samada kita bekerja makan gaji, bekerja sendiri dan tidak bekerja. Silap langkah, kita boleh merana dan mengalami masalah sosial dan emosi akibat tekanan kewangan. 


Justeru itulah, saya cuba sedaya upaya agar setiap bulan saya mampu menjana pendapatan sendiri. Sebolehnya saya tidak mahu menyusahkan suami saya, terutamanya untuk memenuhi kehendak saya yang suka shopping barang-barang dekorasi rumah.


Jadi, bila telah ada pendapatan sendiri dengan bekerja dari rumah, sedikit demi sedikit saya menyimpan untuk membeli apa yang saya kehendaki. 


Tapi, yang paling penting saya selesaikan dulu setiap komitment bulanan (hutang dan insurance) yang perlu saya selesaikan. Biasanya saya akan membayar semuanya pada setiap 1hb setiap bulan. 


Bagaimana pengurusan kewangan peribadi anda? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...