Kerja dari Rumah dengan Modal Kecil

Teks dan Image: Rahayu Rashid

Saya yakin, ramai wanita impikan untuk memiliki kerjaya yang hebat, lebih-lebih lagi jika anda adalah graduan yang memiliki lebih daripada diploma dan ke atas. Saya juga dahulunya sebahagian daripadanya!


Namun begitu, seiring dengan masa, usia dan bertambahnya tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, segalanya telah berubah. Ia bukanlah dalam perancangan saya, tetapi DIA lah sebaik-baik perancang. Saya hanya mengikut ketentuan yang telah ditetapkan yang didatangkan dalam bentuk masalah ditempat kerja dan gerak hati (pada waktu tersebut).


Ramai yang menghubungi saya bertanyakan peluang untuk bekerja dari rumah dengan modal kecil. Apakah ada peluang sedemikian? 


Jawapannya ialah YA, ADA!


Anda sememangnya digalakkan memulakan bisnes sebagai kerjaya sambilan atau tetap dengan modal minima terlebih dahulu. Malah, Puan Ainon Mohd (Pengasas ABS) juga menyarankan kita untuk memulakan bisnes dengan modal paling kecil. 


Yang penting, anda harus bermula. Belajar dan bertindak. Ilmu sangat penting dalam bisnes, bukan setakat cakap dimulut sahaja aku nak bisnes dan kerja dari rumah, tetapi usaha dan tindakan tidak seiring dengan apa yang kita ingin capai.


Salah satu platform untuk anda mula belajar bisnes dan bekerja dari rumah ialah melalui Akademi Bekerja di Rumah. Samada anda telah ada produk atau bisnes sendiri atau tidak, anda sesuai sertai Akademi Bekerja di Rumah. 


Sehingga berjumpa lagi, 

Comments

Popular Posts