Wednesday, April 15, 2015

3 Tips Konsisten Update Blog untuk Peniaga Online

Teks & Image: Rahayu Rashid

Assalamualaikum.


Saya kerap terima pertanyaan bagaimana hendak mengekalkan konsistensi update blog. Sebenarnya saya juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan keadaan tidak update blog setiap hari (saya target 5 entry setiap minggu (cuti update hari Sabtu dan Ahad)


Di sini, saya kongsikan 3 tips konsisten update blog untuk kita yang menjalankan perniagaan online dan blog sebagai salah satu medium pemasaran atau kedai maya kita. 


1. Rajinkan diri mengambil gambar sebagai bahan untuk update blog
  • Tak kiralah apa jua subjek gambar, terpulang pada minat anda.
  • Simpan dalam gadjet yang anda gunakan semasa update blog
  • Capai mana-mana gambar kala anda ketandusan idea untuk update blog. 
  • Gambar dapat memberikan anda idea spontan untuk membuat entry!




2. Banyakkan membaca 
  • Kita ingin hasilkan entry blog berkualiti. Walaupun santai, tetap ada pengisiannya.
  • Membaca dapat memberi pelbagai idea untuk dikongsikan.
  • Masih tiada idea? Boleh buat Review buku/majalah yang dibaca.




3. Disiplin Diri Sendiri - Blog kita, Tanggungjawab Kita
  • Sebelum berblog, letak niat dulu. Semua benda bermula dengan niat.
  • Bagi yang berbisnes, semak semula apa tujuan kita bina blog. 
  • Blog yang tidak berupdate umpama kedai yang tidak lagi aktif berniaga.
  • Disiplinkan diri untuk 'jaga dan buka' kedai maya kita


Sekian perkongsian dan juga peringatan untuk diri saya sendiri. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama. 

6 comments:

Kuazue Mohd said...

terima kasih atas info dan tips

iYda Juhar said...

terima kasih kasi sharing ini tips :)

Muhammad Syakir said...

Thanks. Tak klise 😊

Muhammad Syakir said...

Thanks. Tak klise 😊

Ummul Azkee said...

info yg berguna.terima kasih atas perkongsian

nurirma suriani said...

Thanks for sharing sia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...