Posts

Showing posts from April, 2015

5 Tips Bina Keyakinan Diri untuk WAHM

Image
Teks & Image: Rahayu Rashid

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, apabila tidak lagi bekerja sedikit sebanyak keyakinan diri akan turun. 

Salah satu faktor yang mempengaruhi ialah wanita yang tidak bekerja makan gaji masih lagi dipandang rendah oleh segelintir individu. Pada pendapat saya, mereka masih lagi berada di takuk lama yang menganggap bahawa kerja makan gaji adalah jaminan hidup dan pilihan terbaik. 

Apa pun, ialah adalah pendapat masing-maisng. Hidup kita, biarlah kita tentukan. Anggap sajalah ia sebagai pendorong semangat untuk kita, kerana kita lebih tahu apa matlamat kita. Tak perlu menerangkan, cukup sekadar kita diam saja. Mudah bukan?


Bagaimana untuk kita bina keyakinan diri apabila kita menjadi Working at Home Mom (WAHM)?

Di sini saya kongsikan 5 tips yang saya amalkan.


1. Niat bekerja dari rumah kerana ALLAH Taala.

2. Yakin bahawa rezeki daripada Allah sebagai majikan kita

3. Set matlamat dan target yang jelas

4. Berdamping dengan golongan WAHM yang berjaya dan positif

Kerja dari Rumah dengan Modal Kecil

Image
Teks dan Image: Rahayu Rashid
Saya yakin, ramai wanita impikan untuk memiliki kerjaya yang hebat, lebih-lebih lagi jika anda adalah graduan yang memiliki lebih daripada diploma dan ke atas. Saya juga dahulunya sebahagian daripadanya!

Namun begitu, seiring dengan masa, usia dan bertambahnya tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, segalanya telah berubah. Ia bukanlah dalam perancangan saya, tetapi DIA lah sebaik-baik perancang. Saya hanya mengikut ketentuan yang telah ditetapkan yang didatangkan dalam bentuk masalah ditempat kerja dan gerak hati (pada waktu tersebut).

Ramai yang menghubungi saya bertanyakan peluang untuk bekerja dari rumah dengan modal kecil. Apakah ada peluang sedemikian? 

Jawapannya ialah YA, ADA!

Anda sememangnya digalakkan memulakan bisnes sebagai kerjaya sambilan atau tetap dengan modal minima terlebih dahulu. Malah, Puan Ainon Mohd (Pengasas ABS) juga menyarankan kita untuk memulakan bisnes dengan modal paling kecil. 

Yang penting, anda harus bermula. Belajar dan be…

Syarat Bahagia: Antara Sebiji dan Sekeping KEK

Image
Teks & Image: Rahayu Rashid

Andai kita fikir bahagia itu bersyarat, maka kita akan sukar menggapai kebahagiaan. Kita boleh tergolong sebagai individu yang lupa untuk bersyukur dengan setiap pemberian Allah, kerana kita tak pernah merasa cukup dengan apa yang kita miliki.



Ibaratkan kita sedang mengadap sebiji kek. Adakah kita ingin menikmati sebiji kek itu seorang diri barulah kita merasa puas dan bahagia?

ATAU...


Sebiji kek itu kita kongsikan seorang sekeping dengan orang lain, barulah kita benar-benar merasai nikmatnya kek itu. Kadang-kadang, kita leka bahawa kebahagiaan itu boleh hadir tanpa syarat. Ia hadir kala kita memberi, bukan dengan hanya menerima atau ingin memilikinya seorang saja.

Biasakan diri berkongsi walaupun sedikit, kerana kegembiraan lebih bermakna jika dikongsi bersama-sama. 

Terima Kasih

Image
Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa berharga anda untuk membaca coretan saya di blog ini. 

Semoga coretan saya memberi manfaat, inspirasi dan asbab untuk anda mencapai impian masing-masing khususnya buat wanita yang punyai misi yang sama dengan saya iaitu:
Menjadikan Rumah sebagai Lubuk Menarik Rezeki

Teruskan bersama Panduan WAHM Bersama Ayu Rashid. Kesetiaan anda amat saya hargai.

Salam Sayang; Rahayu Rashid

Quotes by Mario Teguh

Image
Betapa pun kelam dan buruknya masa lalu anda; Masa depan anda masih suci  Mario Teguh

Pengurusan Kewangan Peribadi

Image
Teks: Rahayu Rashid Image: Google Image

Assalamualaikum.
Tidur lena dalam keadaan tanpa perlu memikirkan masalah kewangan adalah suatu nikmat yang pastinya kita dambakan. 

Justeru itu, kita tidak boleh menilai orang lain dengan hanya melihat cara hidup mereka, kerana hanya diri sendiri yang mengetahui setakat manakah kita 'bebas kewangan' dan bebas hutang. 
Pengurusan kewangan boleh diumpamakan meletakkan telur di dalam bakul. Jika terlebih muatan, pasti telur akan jatuh dan pecah!

Jadi, berhati-hati dalam pengurusan kewangan, samada kita bekerja makan gaji, bekerja sendiri dan tidak bekerja. Silap langkah, kita boleh merana dan mengalami masalah sosial dan emosi akibat tekanan kewangan. 

Justeru itulah, saya cuba sedaya upaya agar setiap bulan saya mampu menjana pendapatan sendiri. Sebolehnya saya tidak mahu menyusahkan suami saya, terutamanya untuk memenuhi kehendak saya yang suka shopping barang-barang dekorasi rumah.

Jadi, bila telah ada pendapatan sendiri dengan bekerja da…

Sabar Itu Indah

Image
Teks & Image: Carian Google

Buku Usahawan Akhirat oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Image
Teks & Image: Rahayu Rashid
Assalamualaikum.
Jika kita mengejar akhirat, pasti dunia akan turut mengejar kita. Begitulah kejayaan dan kekayaan sebenar yang sepatutnya kita para usahawan dambakan. 

Jika anda sedang mencari ilmu bagaimana untuk menjadi Usahawan Akhirat, saya cadangkan anda mendapatkan buku terbaru tulisan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. 

Jika anda pernah membaca buku Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman hasil tulisan Prof. Dr. Muhd Kamil, anda pasti ingin menjadikan buku tulisan beliau dan isterinya Puan Roza Roslan sebagai koleksi wajib milik.

Buku Usahawan Akhirat ini pasti tidak akan mengecewakan kita. InsyaAllah.

3 Tips Konsisten Update Blog untuk Peniaga Online

Image
Teks & Image: Rahayu Rashid
Assalamualaikum.

Saya kerap terima pertanyaan bagaimana hendak mengekalkan konsistensi update blog. Sebenarnya saya juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan keadaan tidak update blog setiap hari (saya target 5 entry setiap minggu (cuti update hari Sabtu dan Ahad)

Di sini, saya kongsikan 3 tips konsisten update blog untuk kita yang menjalankan perniagaan online dan blog sebagai salah satu medium pemasaran atau kedai maya kita. 

1. Rajinkan diri mengambil gambar sebagai bahan untuk update blog Tak kiralah apa jua subjek gambar, terpulang pada minat anda.Simpan dalam gadjet yang anda gunakan semasa update blogCapai mana-mana gambar kala anda ketandusan idea untuk update blog. Gambar dapat memberikan anda idea spontan untuk membuat entry!



2. Banyakkan membaca  Kita ingin hasilkan entry blog berkualiti. Walaupun santai, tetap ada pengisiannya.Membaca dapat memberi pelbagai idea untuk dikongsikan.Masih tiada idea? Boleh buat Review buku/majalah yang dibaca.



Bisnes Tanpa Modal

Image
Teks: Rahayu Rashid Image: Puan Masayu Ahmad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mungkin anda adalah sebahagian daripada individu yang sedang mencari peluang bisnes tanpa modal. Jika YA, anda boleh baca perkongsian daripada Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja di Rumah) berkenaan Mula Bisnes Tanpa Modal.

Anda boleh hubungi saya untuk peluang bisnes tanpa modal bersama saya. Ia adalah bisnes yang boleh dijalankan sepanjang tahun dan produk yang ditawarkan adalah produk yang mendapat sambutan hangat dipasaran.

Rahayu Rashid SMS/Whatsapp/Telegram: 013 - 255 0727 rahayu4179@gmail.com

Yeay! Mama Sudah Resign

Image
Teks: Rahayu Rashid  Image: Akademi Bekerja di Rumah

Kepada yang ingin berhenti kerja, pasti debaran didada umpama ledakan bom yang mahu meledak! Perasaan eksaited, tak keruan dan takut pasti bercampur-aduk.

Jika itu yang anda sedang lalui, anda wajib memiliki naskah terbaru daripada Pengasas Akademi Bekerja di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad yang bertajuk:


ISI KANDUNGAN
Tinta Pengarang
Bahagian 1: Bab 1: Saya mahu jadi WAHM - Nor Atiqah Hamidi Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja - Nora Afzam Bab 3:Impian seorang isteri - Izzah Razak Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa - Umi Arbee. Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja - Rahayu Rashid - KISAH SAYA!

Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)

Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah) 1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak 2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu 3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan 4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live 5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif 6. Nor Fahdill…

Renew Azam Setiap Hari

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Carian Google




Sebagai wanita bekerja dari rumah, setiap hari kita juga akan lalui hari-hari yang mencabar. Menangani tekanan secara bijak adalah sangat penting supaya kita dapat melaksanakan tugas harian sebagai isteri, ibu dan usahawan dari rumah.

Salah satu cara untuk kita mengekalkan momentum dan motivasi diri ialah memulakan setiap hari baru dengan azam dan semangat baru. 

Tidak perlu menunggu awal tahun sahaja untuk renew azam, kerana itu hanya membazirkan masa kita. Setiap hari adalah hari baru. Mulakan tindakan apa yang ingin kita capai pada saat ini. Jangan bertangguh. Bertangguh pencuri masa. Kita taknak jadi pencuri kan? Apalagi jadi pencuri kepada impian kita sendiri. 

Paling utama: Nikmati saat ini dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan harapan. Jangan bertangguh kerana kita tidak tahu sampai bilakah usia masih dikandung badan.

Sehingga berjumpa lagi. Salam Jumaat & selamat berhujung minggu.

SOHO| Printer

Image
Teks dan Image: Rahayu Rashid


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Memiliki Small Office Home Office (SOHO) yang lengkap dan cantik sememangnya idaman saya. Saya idamkan SOHO yang kemas, selesa dan semua keperluan untuk bekerja dari rumah adalah lengkap. 


Alhamdulillah. Wishlist 2015 untuk SOHO saya sudah tercapai pada awal Januari 2015 yang lalu iaitu untuk membeli printer. Ia adalah hadiah daripada suami sempena harilahir saya pada 4 Januari. 

Printer jenama Canon ini mempunyai fungsi untuk mencetak, mengimbas dan fotostat. Kualiti cetakan juga sangat baik. Malah saya gunakan juga untuk mencetak gambar. Nampak gayanya, cepatlah ink printer ini habis!


Untuk memudahkan saya semasa ingin menggunakannya, saya letakkan di atas meja bulat sebelah meja kerja. Jika diletakkan di atas meja kerja, saya rasa ia agak semak kerana printer ini agak besar. 


Agenda utama setelah memiliki printer ialah print koleksi eBook. Saya lebih suka membaca dalam versi fizikal (old school!).





PENGUMUMAN: Progra…

Kerja dari Rumah

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Carian Google


Hidup ini ada pilihan. Jangan peduli apa orang kata, sebab yang berkata-kata belum tentu tahu apa matlamat hidup kita. Betul tak?

Jadi kenapa perlu ambil kisah.

Bila sudah bersedia, buat perancangan dan bertindak. Jangan hangat-hangat tahi ayam saja.

Kita tidak boleh meramal masa depan.
TAPI kita boleh merancang masa depan.

Kerja dari Rumah bukan lagi perkara asing di Malaysia. Ia sudah jadi trend yang semakin bercambah. Nak jadi sebahagian daripada mereka? Anda boleh sertai Akademi Bekerja di Rumah.

Belajar dan jana pendapatan secara ONLINE. Hanya dari rumah!

Sehingga berjumpa lagi. Rahayu Rashid Pengurus Online, Akademi Bekerja di Rumah

Usahawan Akhirat

Image
Teks & Image: Rahayu Rashid

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sekuntum bunga yang mekar dan cantik pasti akan layu akhirnya. Kemudian, ia akan digantikan dengan bunga yang baru. Begitulah seterusnya proses yang berlaku sehingga pokok itu mati.

Begitulah kehidupan kita sebagai manusia. Setiap hari, mungkin kita akan merasa turun naik dalam kehidupan. Berdepan dengan masalah atau dilema, bersulam pula dengan bahagia dan derita.

Namun, kita punyai pilihan untuk terus bangkit berjuang. Kerana apa yang kita lalui adalah proses dalam kehidupan. Dugaan dan masalah mematangkan kita. Mendekatkan kita kepada Yang Maha Esa.

Kegembiraan dan bahagia pula adalah yang amat kita dambakan. Kejayaan menggapai impian yang kita bina adalah kemuncak matlamat yang ingin kita nikmati.

Inilah yang kita lalui, sehingga sampai masanya kita akan kembali ke dunia yang kekal abadi. Justeru itu, saya ingatkan diri saya yang kerap kali alpa ini:
“Kejarlah akhirat, dunia pasti mengejarmu”

Semoga kita semu…

PROMOSI APRIL: 3 EBOOK RM50 SAHAJA!

Image
Mahukah anda, dengan hanya RM50 sahaja; Anda mampu memiliki 3 buah Ebook yang sangat mantap ini?


Pakej 2

Dapatkan set eBook ini dengan menghubungi saya:

Rahayu Rashid Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
Whatsapp/Telegram: 013 - 255 0727 Email: rahayu4179@gmail.com

Ulasan Buku| Bekerja dan Berniaga - Panduan Kejayaan Untuk Suri

Image
Teks & Image: Rahayu Rashid


Judul: Bekerja dan Berniaga - Panduan Kejayaan Untuk Suri
Penulis: Azura Abdullah
Penerbit: Jootawan Group


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Apabila seseorang 'bercerita' melalui pengalaman yang dilalui, penyampaian itu pasti akan sampai ke hati. Kerana pengalaman adalah guru yang paling mahal harganya. Itulah yang dapat saya rasai apabila membaca buku hasil garapan pengalaman daripada Puan Azura Abdullahbertajuk Bekerja dan Berniaga - Panduan Untuk Suri.


Buku ini mengandungi 14 bab yang digarap dengan tersusun dan mudah difahami. 


Para pembaca akan mendapat idea untuk memulakan perniagaan ketika anda masih bekerja tanpa menjejaskan waktu kerja hakiki anda. Keberkatan rezeki untuk anda yang berniaga sambil bekerja adalah sangat penting kerana kita mungkin 'mencuri' waktu bekerja hakiki untuk tujuan bisnes.

Penulis berkongsi pengalaman beliau dan anak-anak berniaga dengan sumber yang ada. Jika kita kreatif, apa saja yang 'laku dijual…

Ulangtahun Kelima jadi Surirumah & Ulangtahun Pertama bersama Akademi Bekerja di Rumah

Image
Teks & Image: Rahayu Rashid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Hidup ini sentiasa ada pilihan. Bila kita telah memilihnya, cubalah buat sehabis daya. Jangan putus asa, jangan cepat mengalah. Jika jatuh, bangkitlah kembali. Biarlah perlahan, asalkan tidak terhenti terus.


1 April 2010 - Saya mulai menjadi surirumah.
1 April 2014 - Saya sertai Akademi Bekerja di Rumah
(Mengambil Pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage)



Terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad
Terima kasih kepada Puan Zaila Mohamad (Guru Online)
Terima kasih pada ibu, suami dan anak-anak saya.
Kerana anda sentiasa menjadi sumber inspirasi dan kekuatan saya.


Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya rezeki yang Kau berikan adalah dalam pelbagai bentuk. Ia tak pernah putus dan Kau berikan mengikut ketentuanMu (namun tetap berdasarkan kepada usahaku yang adakala turun-naiknya)


Home ~ Where the Heart is Rahayu Rashid I am proudly Working at Home Mom