Posts

Showing posts from March, 2015

Menghilang Bukan Bererti Duduk Saja-saja

Image
Teks: Rahayu Rashid
Image: Carian Google
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Lama saya tidak update blog ini dan blog peribadi. Kekangan masa dengan urusan harian di rumah memang membataskan masa saya untuk 'berkarya' di alam maya. Malah facebook status pun sangat jarang saya update terutamanya pada minggu lepas.

Ini adalah perkara yang sangat tidak baik untuk bisnes. Saya tahu tapi masih tidak disiplin. Pengurusan waktu juga agak kelam-kabut yang menjadi faktor utama terjejasnya rutin harian saya. Saya perlu revised semula agar perkara ini tidak berpanjangan.

Walaupun saya tidak begitu aktif di laman maya, Alhamdulillah kerja dari rumah saya masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah. Selagi Allah Taala masih memberikan rezeki melalui sumber ini, saya bersyukur menerimanya.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Nota Kesyukuran Working at Home Mom

Image
Teks Image: Rahayu Abdul Rashid




Syukur Alhamdulillah. Semakin hari saya merasakan semakin damai dan seronok menikmati hidup ini. Kami bukan kaya-raya. Ada masa terdesak jugak. Tapi kami menikmatinya dengan penuh rasa syukur.

Saya berdoa semoga Allah memberkati segala pengorbanan saya dan suami. Saya bekerja dari rumah sambil menguruskan anak-anak. Suami pula berpanas berhujan di luar sana untuk kesinambungan mendapatkan rezeki yang telah Allah sediakan kepada hambaNya yang berusaha.

Saat saya mengaturkan jari-jemari di atas keyboard labtop ini, suami telah keluar bekerja di Seremban. Anak sulung telah pun ke sekolah agama. Manakala, anak kedua (bongsu buat masa ini) masih lena diulit mimpi.

Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak saya dustai?

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.




Indah sungguh aturanMu kepadaku dan keluargaku Ya Allah.

Ulasan eBook| Suri Rumah Juga Boleh Bisnes

Image
Assalamualaikum. 


Hari ni, saya nak share eBook terbaru yang menjadi sumber inspirasi dan rujukan saya iaitu eBook bertajuk Suri Rumah Juga Boleh Bisnes oleh Puan Zaila Mohamad. Pengalaman beliau dalam bisnes sangat luas sehinggalah terhasilnya ebook ini berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 



Kali pertama saya melihat muka depan eBook Suri Rumah Juga Boleh Bisnes saya sudah tak sabar untuk memilikinya.Don’t judge the book by it’s cover!Tetapi, saya sangat yakin bahawa naskah sulung Puan Zaila Mohamad ini pasti tidak akan mengecewakan.


Setelah membaca eBook ini saya merasa sangat puas. Penulis menggarap eBook ini dengan baik dan teratur kerana ia berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 

Apabila membacanya saya dapat membayangkan apa yang telah beliau lalui bermula dari Bab 1 (Pengenalan – Melepaskan Kerjaya Demi Keluarga dan Sebab Saya Berhenti Kerja) sehinggalah beliau yang saya kenali hari ini (melalui alam maya sahaja).

Secara umumnya, ramai wanita mengalami dilema samada ingin terus b…