Saya dan Gadjet untuk Bekerja dari Rumah

Assalamualaikum.


Saya bukan penggemar gadjet. Sejak zaman bekerja, walaupun saya mampu beli handphone yang agak mahal, tapi saya cuma gunakan handphone biasa-biasa saja. Lagipun, pada masa saya bekerja, penggunaan internet di handphone masih sangat jarang. Smartphones rasanya masih belum digunakan secara meluas di Malaysia (sekitar awal tahun 2010).


Begitu juga dengan labtop!
Saya hanya membeli labtop apabila saya telah ditukarkan ke Fakulti, di mana ia adalah keperluan yang wajib ada pada seorang Penolong Pendaftar di Fakulti. Semasa di Research Management Centre (RMC) saya hanya mengguna desktop di pejabat sahaja. Kerja pun tak perlu di bawa sampai ke rumah, maka labtop bukanlah keperluan buat saya. Buat apa saya nak membazir?



Kini, apabila bekerja dari rumah, smartphones dan labtop adalah 'nadi' untuk saya bekerja dan menjana pendapatan. Syukur alhamdullillah. Labtop DELL yang saya beli pada penghujung tahun 2009 masih lagi berfungsi dengan baik. Cuma sekali sahaja pada April 2004 ia terkena virus yang menyebabkan ia gagal untuk connect  dengan WIFI.




Smartphone yang saya gunakan sejak 2013 hingga sekarang ialah Samsung SIII sahaja. Suami belikan semasa versi SIII ini baru dilancarkan. Sehingga kini, saya pun tak tau sudah ada berapa versi terbaru! Perkembangan gadjet ni sangat pantas kan? Kalau sesiapa yang 'gila' gadjet, memang hebat la sanggup berhabis duit demi gadjet!



Pada saya yang bukan berasal daripada keluarga senang-lenang, selagi benda tu boleh pakai saya pakai saja. Sayang pulak nak tukar-tukar (erk! melainkan barang dekorasi rumah, itu saya tak fikir panjang sangat hehehhe). Tapi, betullah kan? Minat masing-masing, tak boleh nak kata apa. Asalkan jangan biar papa asal bergaya sudah.


Apa pun, syukur Alhamdulillah. Kedua-dua gadjet ini banyak membantu saya. Oh ya, saya ada juga beli Samsung Galaxy Tab dalam masa mula-mula ceburi bisnes Premium Beautiful pada tahun 2011. Tapi, bila dah  beli Samsung SIII, SGT tu saya dah tak guna, tak best. Lebih selesa guna SIII saja. SGT dah jadi hak anak-anak. Itu pun dah terbiar sebab dah ada yang lain.


Apa jua jenis gadjet yang kita gunakan, it doesn't matter. Yang penting kita gunakan teknologi yang ada dengan sebaiknya. 


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam. 

Comments

Popular Posts