Thursday, February 26, 2015

Berkongsi Pengalaman Bekerja dari Rumah melalui Penulisan di Blog

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Alhamdulillah. Semakin hari, semakin Allah permudahkan perjalanan kehidupan seharian saya samada daripada segi keluarga dan bisnes.


Anak sudah semakin membesar. Tanggungjawab juga turut membesar sama! Pendidikan mereka menjadi keutamaan memandangkan bidang pendidikan di Malaysia lebih berorientasikan peperiksaan. Suka atau tidak, itu yang anak-anak, ibu bapa dan pendidik lalui. Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan segalanya. InsyaAllah.


Saya yakin, pasti ramai di kalangan kaum ibu yang mempunyai hasrat untuk bekerja dari rumah. Namun, sejujurnya saya akui, bukan mudah untuk kita melaluinya tanpa ilmu dan semangat yang kuat dari dalam diri kita sendiri.


Untuk mendapatkan dan kekal bermotivasi, kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan, mendengar dan menghadiri ceramah-ceramah motivasi. NAMUN, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Untuk mengekalkan momentum memerlukan semangat luarbiasa dan terterusan.


Saya juga pernah melalui saat getir dan merasa seolah-olah jatuh dan tidak mampu berdiri semula. Namun... saya buat sesuatu dan paksa diri saya untuk kembali bangkit. Jatuh memang sakit. Tapi, lebih sakit jika kita hanya terus duduk tanpa bangkit semula!


Untuk itu, InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman suka duka bekerja dari rumah di blog ini dan juga di blog personal saya iaitu www.ayurashid.com


P/S: Pengalaman saya tak banyak dan tidak setanding wanita bekerja dari rumah yang lain. Namun, saya kongsikan juga kerana ia mungkin bermanfaat untuk wanita yang memerlukan pada masa sekarang atau masa akan datang.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.


Rahayu Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah

*Hubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran Pakej-pakej Kelas Akademi Bekerja di Rumah

Wednesday, February 25, 2015

WAHM yang Tepu Tak Tahu Nak Masak Apa!

Teks & Image: Rahayu Rashid

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Bila dah hari-hari masak, sampai satu tahap dah tepu tak tahu nak masak apa dah. Kadang-kadang rasa muak dengan masakan sendiri. Pernah alami situasi macam ni? 


Ikutkan, saya ni tidaklah setiap hari dalam seminggu tu masak. Bila suami outstation barulah wajib hari-hari masak. Bila suami ada kat rumah, haaaa mulalah saya mengelat hehehe. Alasan kukuh sangat: "Dah tak lalu nak telan masakan sendiri". Amboi! Mengada sangat alasan tu. Allah tarik nikmat makan... nikmat kesihatan untuk masak, baru padan muka kan!


Gambar sekadar Hiasan

Hari ni, Dania request nak makan kari ikan. Bagus! masak kari versiku senang sangat. Sappp sappppp suiiiiiii SIAP!


Maka, marilah memasak sebelum 'masuk opis' untuk sesi kedua pulak. Ini sesi pertama. Alhamdulillah dah selesai update blog Bengkel Legacy AA Auto Workshop Sdn. Bhd. dan blog ini. Bersambung nanti update blog Ayu Rashid (dot) (com) pulak. 


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Tuesday, February 17, 2015

Saya dan Gadjet untuk Bekerja dari Rumah

Assalamualaikum.


Saya bukan penggemar gadjet. Sejak zaman bekerja, walaupun saya mampu beli handphone yang agak mahal, tapi saya cuma gunakan handphone biasa-biasa saja. Lagipun, pada masa saya bekerja, penggunaan internet di handphone masih sangat jarang. Smartphones rasanya masih belum digunakan secara meluas di Malaysia (sekitar awal tahun 2010).


Begitu juga dengan labtop!
Saya hanya membeli labtop apabila saya telah ditukarkan ke Fakulti, di mana ia adalah keperluan yang wajib ada pada seorang Penolong Pendaftar di Fakulti. Semasa di Research Management Centre (RMC) saya hanya mengguna desktop di pejabat sahaja. Kerja pun tak perlu di bawa sampai ke rumah, maka labtop bukanlah keperluan buat saya. Buat apa saya nak membazir?



Kini, apabila bekerja dari rumah, smartphones dan labtop adalah 'nadi' untuk saya bekerja dan menjana pendapatan. Syukur alhamdullillah. Labtop DELL yang saya beli pada penghujung tahun 2009 masih lagi berfungsi dengan baik. Cuma sekali sahaja pada April 2004 ia terkena virus yang menyebabkan ia gagal untuk connect  dengan WIFI.




Smartphone yang saya gunakan sejak 2013 hingga sekarang ialah Samsung SIII sahaja. Suami belikan semasa versi SIII ini baru dilancarkan. Sehingga kini, saya pun tak tau sudah ada berapa versi terbaru! Perkembangan gadjet ni sangat pantas kan? Kalau sesiapa yang 'gila' gadjet, memang hebat la sanggup berhabis duit demi gadjet!



Pada saya yang bukan berasal daripada keluarga senang-lenang, selagi benda tu boleh pakai saya pakai saja. Sayang pulak nak tukar-tukar (erk! melainkan barang dekorasi rumah, itu saya tak fikir panjang sangat hehehhe). Tapi, betullah kan? Minat masing-masing, tak boleh nak kata apa. Asalkan jangan biar papa asal bergaya sudah.


Apa pun, syukur Alhamdulillah. Kedua-dua gadjet ini banyak membantu saya. Oh ya, saya ada juga beli Samsung Galaxy Tab dalam masa mula-mula ceburi bisnes Premium Beautiful pada tahun 2011. Tapi, bila dah  beli Samsung SIII, SGT tu saya dah tak guna, tak best. Lebih selesa guna SIII saja. SGT dah jadi hak anak-anak. Itu pun dah terbiar sebab dah ada yang lain.


Apa jua jenis gadjet yang kita gunakan, it doesn't matter. Yang penting kita gunakan teknologi yang ada dengan sebaiknya. 


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam. 

Monday, February 9, 2015

Dilema Bila Orang Mengata Apabila Berhenti Kerja dan Bekerja dari Rumah

Teks & Image: Koleksi Rahayu Rashid

Kita tak mampu hendak menutup mulut orang kan?
Kita tak mampu memuaskan kehendak orang.
Lebih-lebih lagi orang yang belum tentu mengambil tahu apa lagi membantu dikala kita dalam kesusahan.



Percayalah.
Saya pernah dan kerap laluinya. Saya tak mampu untuk menjadi lali, sebab saya juga punya perasaan. Tipulah jika saya katakan hati tidak terguris. Dramatik pula rasanya ayat ni hehe.


Tapi, saya selalu berpegang pada prinsip sendiri. 
Yang mengata itu, jika tak sehebat mana, terima kasih sajalah kerana kononnya 'prihatin' sangat tu. Kalau dia kerja gaji 4 angka gemuk atau 5 angka, mungkin saya akan rasa "wah! kagumnya aku dengan engkau, menyesal aku berenti kerja". hehhehehe.


Tapi, kalau setakat biasa-biasa saja, tak perlulah nak lebih sudu dari kuah kan? Kita pun tau financial dia pun nyawa-nyawa ikan. Kerja dari pagi sampai nak maghrib, tak perlulah nak prihatin pasal saya. Saya dah gembira dengan apa yang saya ada, saya buat dan memang ini dah ditentukan Allah. 


Jadi, kalau anda alami keadaan macam ni... senyum ajer. Terus melangkah. Let the success make a noise. Selamat berjuang untuk Allah, agama kita, diri dan insan yang kita sayang yang tahu menghormati life masing-masing. 


Jika terasa ada 'lalat' kerap hinggap, sembur ajer dengan Ridset hehehee. Jumpa lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...