RESOLUSI 2015| 66 Perkara - Dato' Roslan Ab Hamid

Teks: Facebook Dato' Roslan Ab Hamid
Image: Carian Google

Assalamualaikum.
Pagi ini, saya baca satu perkongsian hebat daripada Dato' Roslan Ab Hamid (yang digelar sebagai Jutawan Bahasa) berkaitan Resolusi/Wishlist 2015.


Mungkin selama ini, kita buat Resolusi secara general. Agak sukar untuk kita semak pencapaian bila terlalu general. Contoh:

* Aku nak turunkan berat badan.

General kan?
 Kita kena spesifikkan:
- Time frame
- Berapa KG nak turunkan
- Macam mana caranya (kurangkan makan, bersenam, makan pil kurus, etc)




Ini dia perkongsian 66 PERKARA daripada Dato' Roslan Ab Hamid yang boleh kita jadikan panduan



66 PERKARA.
Ramai juga tanya apakah 66 ini? Ia bukan sebarang nombor. Ia tidak dipetik secara suka suka. Saya memilih untuk berubah jadi lebih baik.

Perubahan menurut pakar berlaku dalam tempoh 21 hari. Ada juga kata 44 hari. Saya memilih pandangan Robin Sharma, perubahan berlaku dalam tempoh 66 hari.


Maka saya menulis 66 perkara yang mahu saya buat. Detail. Bukan lagi pernyataan umum yang bakal dilupakan dalam tempoh 3 minggu lepas tarikh lintasan waktu 1 Januari.

66 perkara ini pecahkan kepada 11 bidang. Antaranya:
1. Keluarga
2. Keimanan 
3. Keilmuan 
4. Kesihatan
5. Kenalan (Positioning)
6. Kewangan 1 (Punca Pendapatan)
7. Kewangan 2 (Perbelanjaan)
8. Kerjaya
9. Kembara
10. Kebendaan (Apa yang mahu dimiliki)  
11. Kejutan (Perkara gila gila yang mahu kita buat).

Pada setiap bidang itu tuliskan 6 perkara. Jelas dan tepat. Kita akan teruja apabila kita menanda nanti. The Power of Ticking.
Semuanya ini perlukan komitmen dan konsisten. Ia bukan perkaramain main yang mudah dilupakan. Saya telah matang usia. Waktu berganjak pantas. Justeru, mimpi indah zaman remaja telah berlalu pergi.

Doakan yang terbaik dan laporan pencapaian akan saya nilai kembali pada 31 Disember, 2015. Ada juga bertanya, kenapa pilih tahun Kristian bukan tahun Islam. Saya tidak kuasa menjawabnya. Sepatah kata, "suka hati engkaulah Labi".

Bagi saya andai kata dari 66 perkara itu, 50 dapat saya jadikan nyata, ia sudah lebih dari memadai. Ia menuntut komitmen dan hidup akan lebih terarah. Tiada lagi sembang kosong.

CREDIT TO: FB Dato' Roslan Ab Hamid:
(Status pada 2/1/2015 @ 7am+-)

Comments

Popular Posts