Monday, January 26, 2015

Pengurusan Masa dan Kerjasama Ahli Keluarga

Teks: Rahayu Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.

Working at Home Mom (WAHM) hanyalah wanita biasa. Mereka bukan superwoman yang ada superpower! Tetapi kenapa mereka selalu dikagumi?

Salah satu sebabnya ialah mereka dapat melaksanakan banyak tugasan dalam satu masa. Mengurus keluarga dan menjana pendapatan hanya dari rumah.


Tugas ini bukan mudah! Ia meletihkan fizikal dan mental. Ia boleh juga menjadi beban yang sangat berat. Sebab itulah ramai wanita bekerja dari rumah gagal untuk meneruskan usaha mereka, malah ada yang kembali bekerja.


Saya ingin kongsikan tips kepada WAHM agar dapat membantu anda melaksanakan tugasan sebagai isteri, ibu dan berbisnes dengan lebih baik iaitu:

Pengurusan Masa dan Kerjasama Ahli Keluarga


Sebenarnya WAHM beruntung berbanding wanita yang perlu keluar bekerja setiap hari. WAHM tak perlu bersiap-siap berpakaian seawal pagi, tidak perlu menempuh traffic jammed yang sememangnya sudah sebati dengan kehidupan masa kini.


Namun, tugas kita di rumah juga tak pernah surut! Bermula dari mencelikkan mata, sehinggalah kita hendak tidur ada sahaja tugasan yang perlu dibereskan. Betul tak?


Untuk itu, uruskan masa dengan sebaiknya. Lebih baik sediakan jadual harian, senaraikan Things to do sebelum tidur untuk tugasan keesokan hari.


Kita juga perlu minta bantuan daripada pasangan dan anak-anak. Kerjasama dalam keluarga amat penting. Beri penerangan dengan penuh kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak kenapa, mengapa dan bagaimana perlu sama-sama memainkan peranan masing-masing.


InsyaAllah, cara ini pasti membuahkan hasil. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita bersama.


Salam Sayang;
Rahayu Rashid
Panduan WAHM Bersama Ayu Rashid


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...