Thursday, January 22, 2015

Dunia dari Jendela WAHM bernama Rahayu Rashid :)

Teks dan Image: Rahayu Rashid


Ini sekadar gambar semasa kami masih menyewa di 'Istana Kayangan', Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam. 


Saya sangat merindui rumah ini. Rumah sewa yang paling selesa dan memudahkan saya untuk ke sana ke mari walaupun perlu turun-naik tangga dengan gigih! Maklumlah, rumah ni berada di TINGKAT 4!



Bila berpindah ke Semenyih, segalanya berubah... tinggal di rumah sewa teres 2 tingkat. Agak selesa. Tapi saya lebih selesa dan happy tinggal di Shah Alam. Tapi, anak-anak dan suami suka tinggal di sini.. 


Suami tentulah suka, sebab dekat dengan adik-beradik dia. Nak balik kampung dia pun dalam 2 jam lebih saja. Cuma pada saya, kelebihan pada anak-anak hendak sekolah dan mengaji saja. Kesian juga anak-anak nak turun naik tangga rumah 4 tingkat. Lagi, van ambil pun depan gate saja. Tak adalah saya nak risau setiap kali dia nak pergi-balik dari sekolah.


Inilah kehidupan. Kadang-kadang kita perlu lepaskan apa yang kita sukai, kita inginkan demi orang lain dan demi masa depan. Saya makin positif dengan semua ini, kerana saya cuba mencari hikmah disebalik apa yang berlaku. 


Sejak pindah ke Semenyih, bila sekali sekali hendak bershopping di Shah Alam tu terasa wow! Shah Alam... bestnya! Iyer, saya kaki shopping dan kaki tawaf shopping complex! Dah tinggal di Semenyih, saya pasrah menjadi duta Billion dan The Store... hahahaha. Sebab tu sekarang dah jarang shopping baju dan tudung. Oh! Rindunya zaman tinggal di Shah Alam. 


Kadang-kadang rasa dah lupa cara nak berfesyen. Tapi best jugak tinggal sini, pergi Speedmart 99 kadang-kadang pakai t-shirt, seluar 'rimau' cap pasar malam harga RM10 dan sarung tudung awning saja . Wah! kalau duduk Shah Alam dulu, mau nizam tak kasik saya turun kereta. Hehheee. Pergi makan kat gerai luar simpang pun pakai macam tu jugak. Best juga tak payah beria bersiap nak keluar makan atau beli barang. 


Ok, saja nak sembang santai hari ini. Apa pun, syukur alhamdulillah. Asalkan ada internet saya dah hippp hipppp hoooreeeyyyyy!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...