BILA SAYA MULA MENJALANKAN BISNES SECARA ONLINE 'SEPENUHNYA'?

Teks & Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Sebenarnya, saya benar-benar merasai perasaan dan pengalaman bekerja dari rumah HANYA setelah saya berpindah ke Semenyih pada bulan Julai 2013. Saya berhenti kerja dari Unisel pada bulan April 2010. Bermakna sebelum bulan Julai 2013, saya belum menjiwai dan menjalankan sepenuhnya bisnes dari rumah.


KENAPA?

Kerana pada waktu tersebut, saya berehat daripada berbuat apa-apa kerana hamil dan bersalin anak kedua. Saya hanya mula menjalankan bisnes Premium Beautiful pada bulan Julai 2011. Saya berehat dan 'bertapa' setahun lebih, barulah mula 'keluar sangkar' mencari duit :)



Menjalankan bisnes Premium Beautiful dan produk Hai-O Marketing yang lain yang berkonsepkan Network Marketing memerlukan saya keluar dari rumah.


Jadi, pada saya ia bukanlah bisnes sepenuhnya yang saya jalankan dari rumah. Saya masih kerap keluar dari rumah. Malah, saya kerap ke Johor Bahru kerana saya mempunyai beberapa orang Rakan Niaga di sana. 


Shah Alam dan Johor Bahru adalah dua tempat yang hampir setiap minggu saya pergi menaiki bas! Pada masa tersebut, anak kedua saya saya letakkan di bawah jagaan kakak saya kerana saya tidak begitu mempercayai orang lain untuk menjaga anak saya. Pada masa tersebut anak sulung saya bersekolah tadika.


Tapi, bila kami berpindah ke Semenyih iaitu pada kemuncak pencapaian saya dalam bisnes di mana pada bulan yang sama saya berpindah saya mendapat pangkat Diamond Sales Manager... perjalanan bisnes saya berubah.



Apa yang saya alami selepas berpindah? Nantikan sambungan entry ini...

Comments

nadiah hanum said…
Ehhh ada sambungan pulak ye..takper, saya tunggu next entry..;)

Popular Posts