Tuesday, January 27, 2015

Bila Anak Semakin Membesar...

Teks & Image: Koleksi Peribadi Rahayu Rashid

Bila lihat dan mengemas pakaian anak-anak, hati cepat tersentuh. Anak-anak dah semakin membesar, usiaku pula semakin meningkat. Maka, waktu untuk hidup didunia semakin pendek. Entah bila akan kembali ke tempat kekal abadi. Apakah cukup bekalan yang dibawa? Allah Hu.


Dulu... saya selalu fikir. Bila anak dah makin besar, dah sekolah lagi ringan tugasan dan tanggungjawab. Rupanya tidak! Semakin bertambah-tambah. Betul tak kawan-kawan semua? Atau saya saja yang merasa demikian?


Sekarang, saya sedang 'belajar' untuk 'mengajar' Hariz di rumah (anak kedua yang berumur 4 tahun). Saya ingin hantar ke Tadika pada tahun ini, tetapi suami suruh hantar tahun depan saja. Makanya, saya kenalah jadi 'cikgu tadika' di rumah.


Mencabar sangat! Tapi seronok. Saya baru nak kenalkan Hariz dengan A B C, 1 2 3, Alif Ba Ta... Anak orang lain umur 4 tahun sudah pandai membaca, Hariz pulak baru nak belajar asas hehe. 


Menjadi ibu, guru dan kawan untuk anak-anak... itulah momen yang akan saya kenang sehingga akhir hayat nanti. Saya ingin menjadi mentor buat mereka. InsyaAllah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...