Thursday, December 11, 2014

KPI sebagai WAHM

Teks dan Image: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Menjelang akhir tahun, jika yang bekerja makan gaji samada di sektor kerajaan atau swasta, pasti berdebar-debar nak tahu pencapaian KPI (Key Performance Indicator) atau apa jua istilah yang digunakan oleh majikan anda.


KPI bukan sahaja sebagai penanda aras prestasi kerja, tetapi mungkin juga ia sebagai penentu berapakah BONUS TAHUNAN yang akan diperolehi. Sebab itulah bukan perkara janggal jika berlaku perselisihan faham akibat tidak puas hati dengan KPI yang diberikan dan diterima.


Walau apa jua keputusan KPI anda, semoga rezeki yang diterima adalah rezeki yang berkat hasil daripada kerja yang jujur, amanah dan penuh tanggungjawab. KPI di 'sini' mungkin masih boleh bertoleransi atau dipertikaikan, tetapi tidak untuk 'KPI' di hari perhitungan kelak. 


Semoga kita bukan sahaja mempunyai KPI yang tinggi dunia, malah lebih tinggi dan hebat lagi di akhirat. InsyaAllah.


BAGAIMANA PULA JIKA KITA ADALAH WAHM? ADA KPI JUGA KE?

Jika ditanya pada saya, pasti ada! 

Kita adalah majikan, kitalah staf dan kitalah segalanya (saya merujuk kepada WAHM seperti saya yang berniaga sendiri dan tidak mempunyai majikan atau staf).



Setahun sudah hampir berlalu dalam 2014. Setakat mana yang berjaya kita capai? 

Terpulang kepada individu untuk melihat KPI anda daripada aspek yang mana. Mungkin daripada segi jualan, perkembangan jaringan perniagaan, keuntungan runcit, bonus daripada syarikat (jika produk MLM), pendapatan daripada iklan di blog dan sebagainya.


Selain itu, setakat mana target yang berjaya kita capai atau yang belum dilaksanakan. Perlukah di bawa ke tahun 2015 atau sebaliknya kerana ia mungkin tidak lagi relevant untuk tahun hadapan. Ini adalah antara contoh yang dapat saya berikan. Pasti anda ada KPI yang lebih hebat yang hendak dan telah dicapai bergantung kepada bisnes masing-masing.



Dah semak KPI anda untuk tahun 2014? 

Mungkin inilah juga masa untuk kita menikmati BONUS hasil pencapaian kita sebagai reward untuk diri sendiri. Setahun sekali, apa salahnya kita reward diri kita dengan apa yang kita impikan. Tak kiralah shopping barang yang sangat kita idamkan, pergi bercuti atau alangkah bersyukurnya jika kita dapat reward diri kita dan orang yang rapat dengan kita untuk ke Tanah Suci menunaikan Umrah (pastinya setelah mendapat 'jemputan' daripadaNya).


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

1 comment:

Munirah Malek said...

Terima kasih di atas tulisan ini. Persediaan untuk mereka yang ingin menjadi wahm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...