Wednesday, December 24, 2014

KATAK PEKAK

Teks & Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;


Semasa saya mula bekerja di Unisel suatu ketika dulu, saya tak pernah bermimpi pun untuk mendapat peluang ke luar negara. Walaupun hanya 10 hari, tetapi ia adalah pengalaman terindah buat saya. Menjalankan tugas sambil bercuti. Siapa yang tidak mahu kerana segalanya ditaja oleh syarikat.


Namun begitu.
Pada awalnya, saya menolak tawaran untuk ke sana. Sebenarnya, ia bukan tawaran, tetapi arahan majikan. Walaupun ada suara-suara yang mempertikaikan kelayakan saya untuk pergi, tetapi Ketua Jabatan saya memberikan justifikasi kenapa saya layak dan sepatutnya pergi.

Sungguh!
Saya tersepit antara arahan atau mendengar kata-kata orang! Maklumlah, masa tu saya baru berumur 24 tahun, tiada banyak pengalaman dan belum pandai menjawab lagi hehe.


Malah, saya sendiri menyuarakan kebimbangan nanti apa yang akan dikatakan oleh staf lain yang rata-ratanya adalah terdiri daripada Pensyarah dan Penolong Pensyarah. Mereka telah lama berkhidmat di Unisel, sedangkan saya pada waktu tersebut baru 5 bulan sahaja berkhidmat!


Setelah masa berlalu, berdasarkan pengalaman  tersebut, setelah saya mendengar dan membaca cerita KATAK PEKAK, barulah saya dapat kaitkan dengan kisah saya tersebut.


Ya rakan-rakan semua.
Ada masanya, kita kena jadi KATAK PEKAK kerana kalau saya tak jadi Katak Pekak waktu tersebut, saya mungkin tidak merasa untuk ke sana. 


Terima kasih mantan ketua jabatan saya dahulu iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Arazi Bin Idrus. Mungkin beliau telah lama bergelar Professor setelah kami terputus hubungan setelah beberapa tahun beliau berhenti berkhidmat di Unisel. Semoga Dr. Arazi terus berjaya (doaku dari kejauhan)


EH! Korang tak pernah baca ke cerita KATAK PEKAK? Jika belum, dipersilakan Google. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...