Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014... Selamat Datang 2015

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Carian Google


Assalamualaikum.

Kita meninggalkan tahun 2014 dengan penuh kisah duka. Namun, kita tetap yakin bahawa Allah SWT pasti menggantikan kedukaan ini dengan anugerah yang lebih baik. Jadikan apa yang berlaku sebagai asbab untuk kita meningkatkan keimanan dan mencintaiNya lebih daripada harta dunia dan segala-galanya.


Teruslah berjuang selagi nyawa masih dikandung badan. Teruslah melangkah walaupun seringkali jatuh. Bangkitlah! Kerana kita adalah khalifah Allah yang dilahirkan hebat dan mempunyai tanggungjawab yang besar.


InsyaAllah, saya akan terus menulis di sini. Selagi Allah meminjamkan umur, selagi Allah memberikan ilham untuk saya berkongsi dengan anda. Saya ingin membantu rakan-rakan wanita khususnya untuk menjana pendapatan dari rumah atau pun secara sambilan melalui Akademi Bekerja di Rumah.


Teruskan bersama saya. Kerana banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda yang amat saya hargai. Sehingga berjumpa lagi.


Selamat Tahun Baru 2015. 

Monday, December 29, 2014

Banjir 2014| Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan Seminggu

Teks dan Image: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum.

Keadaan banjir di kebanyakan negeri di Malaysia masih meruncing, khususnya di Kelantan. Sesungguhnya tiada daya upaya kita melawan takdirNya. Semoga Allah memberikan kemudahan dan hikmah disebalik apa yang berlaku. 


Kementerian Pendidikan baru sahaja mengumumkan bahawa sesi persekolahan 2015 ditangguhkan selama seminggu. Jadi, ia akan bermula pada 11/1/2015 dan 12/1/2015. Semoga segala urusan dipermudahkan.


Tak dapat dibayangkan, betapa peritnya keadaan yang perlu dilalui oleh mangsa banjir semasa dan selepas kejadian ini. Segala persiapan persekolahan juga turut musnah. Kebanyakan daripada mereka tinggal sehelai sepinggang malah nyawa menjadi taruhan.


Semoga mereka diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapinya. SesungguhNya, mereka adalah insan yang hebat dan tinggi darjatnya disisi Allah Taala, kerana setiap ujian yang diberikanNya adalah tanda kasih sayangNya.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Friday, December 26, 2014

Pray For Pantai Timur| Banjir 2014

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Sesungguhnya tiada daya upaya kita sebagai hamba yang lemah melainkan dengan izin dan pertolongan Allah SWT. 

Bantulah mereka. Ringankan beban. Tadahkan tangan memohon doa agar segalanya akan berakhir dengan rahmatNya. 

Wednesday, December 24, 2014

KATAK PEKAK

Teks & Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;


Semasa saya mula bekerja di Unisel suatu ketika dulu, saya tak pernah bermimpi pun untuk mendapat peluang ke luar negara. Walaupun hanya 10 hari, tetapi ia adalah pengalaman terindah buat saya. Menjalankan tugas sambil bercuti. Siapa yang tidak mahu kerana segalanya ditaja oleh syarikat.


Namun begitu.
Pada awalnya, saya menolak tawaran untuk ke sana. Sebenarnya, ia bukan tawaran, tetapi arahan majikan. Walaupun ada suara-suara yang mempertikaikan kelayakan saya untuk pergi, tetapi Ketua Jabatan saya memberikan justifikasi kenapa saya layak dan sepatutnya pergi.

Sungguh!
Saya tersepit antara arahan atau mendengar kata-kata orang! Maklumlah, masa tu saya baru berumur 24 tahun, tiada banyak pengalaman dan belum pandai menjawab lagi hehe.


Malah, saya sendiri menyuarakan kebimbangan nanti apa yang akan dikatakan oleh staf lain yang rata-ratanya adalah terdiri daripada Pensyarah dan Penolong Pensyarah. Mereka telah lama berkhidmat di Unisel, sedangkan saya pada waktu tersebut baru 5 bulan sahaja berkhidmat!


Setelah masa berlalu, berdasarkan pengalaman  tersebut, setelah saya mendengar dan membaca cerita KATAK PEKAK, barulah saya dapat kaitkan dengan kisah saya tersebut.


Ya rakan-rakan semua.
Ada masanya, kita kena jadi KATAK PEKAK kerana kalau saya tak jadi Katak Pekak waktu tersebut, saya mungkin tidak merasa untuk ke sana. 


Terima kasih mantan ketua jabatan saya dahulu iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Arazi Bin Idrus. Mungkin beliau telah lama bergelar Professor setelah kami terputus hubungan setelah beberapa tahun beliau berhenti berkhidmat di Unisel. Semoga Dr. Arazi terus berjaya (doaku dari kejauhan)


EH! Korang tak pernah baca ke cerita KATAK PEKAK? Jika belum, dipersilakan Google. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Monday, December 22, 2014

Rutin Harian sebagai WAHM

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Carian Google

Assalamualaikum.

"Kau seronoklah kerja dari rumah, banyak masa lapang. Boleh rehat-rehat. Lainlah aku, kerja makan gaji sentiasa sibuk. Nak rehat pun tak sempat".


Pernah dengar kata-kata seumpama ini wahai rakan wanita yang bekerja dari rumah? Jika pernah, apa reaksi anda? Adakah benar anggapan tersebut?


Kita dianugerahkan 24 jam setiap hari. SAMA!
Tapi bagaimana kita membahagikan masa kita agar 24 jam tersebut adalah 24 jam yang berkualiti dan produktif.

Bagaimana rutin harian anda sebagai WAHM? 


Saya akan kongsikan rutin harian saya dalam entry akan datang. Untuk makluman, rutin saya biasa sahaja, kerana saya bukanlah seorang yang cukup berdisiplin. Semoga sedikit sebanyak ia memberi manfaat.


Sehingga berjumpa lagi. Hubungi saya untuk menyertai Akademi Bekerja di Rumah melalui Pakej Kelas yang ditawarkan. Wassalam.


Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah

Email: rahayu4179@gmai.com
Whatsapp/Telegram: 013 - 255 0727

Friday, December 19, 2014

Pakej Yuran Kelas Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Image: Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum.
Berikut adalah senarai Pakej Yuran Kelas yang ditawarkan di Akademi Bekerja di Rumah. 












Sebelum membuat pilihan Pakej mana yang anda inginkan, saya galakkan anda berbincang dengan saya terlebih dahulu supaya saya dapat mencadangkan pakej yang paling sesuai dengan anda. Pilihan pakej bergantung kepada keperluan, kecenderungan, bidang perniagaan/penulisan dan bajet anda. 


Hubungi saya;
Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah

Whatsapp/Telegram: 013 - 255 0727
Email: rahayu4179@gmail.com

Thursday, December 18, 2014

Kegagalan itu Menyakitkan

Teks & Image: Rahayu Abdul Rashid & Website Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Hari ini, saya ingin kongsikan artikel yang diambil daripada website Dr. Azizan Osman untuk kita kongsikan bersama. Saya telah pun membaca artikel ini di Facebook beliau. Mungkin anda masih belum membacanya? 



Saya Pn Juliana Baharin, berasal dari Negeri Sembilan. Kepakaran saya adalah membina jaringan perniagaan bersama Mydin Holding Berhad di dalam perusahaan Bakeri atas jenama Cookies Jazs. Saya bermula perniagaan secara formal ketika usia 18 tahun seusai SPM. Ketika itu, saya masih belajar dan menjalankan perniagaan Multi-Level-Marketing dan pendapatan saya sudah pun mencecah ke 5 digit sebulan. Saya adalah seorang yang sentiasa berusaha keras dan gigih untuk mencapai kejayaan di dalam segala lapangan kerjaya. Ketika usia 23 tahun, dengan sedikit modal dari ahli keluarga dan diri sendiri, saya memberanikan diri untuk membuka sebuah cafe di Plaza Safuan, Chow Kit.

Tanpa ilmu dan hanya berbekalkan semangat, saya dapat bertahan selama satu tahun. Pelbagai dugaan datang dan cabaran di dalam menerajui sebuah perniagaan yang akhirnya telah musnah dan ranap. Ketika itu juga, saya beralih ke lapangan profesional iaitu melibatkan diri sebagai Perunding Kewangan di mana saya telah berjaya memiliki pelbagai anugerah dari institusi bank berkenaan. Dan saya berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi jutawan sebelum umur 30 tahun.

Kemewahan demi kemewahan saya perolehi. Kejayaan demi kejayaan saya miliki. Diri di kelilingi ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang sentiasa menjadi dorongan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Tetapi, langit tidak selalunya cerah. Saya telah terjebak di dalam satu penipuan yang mana saya kehilangan segala-galanya.

Harta dan kereta mewah yang dimiliki terpaksa dijual demi meneruskan kelansungan hidup. Ketika inilah, saya lebih mengenali siapa yang akan ada di saat duka dan musibah datang menerpa. Siapakah yang akan sentiasa membantu di kala kesusahan melanda. Sahabat-sahabat karib telah menghilangkan diri dan menjauhkan diri dari kami.

Saat yang paling menyedihkan ketika diri saya hampir dimufliskan kerana menanggung beban hutang yang bukan kami pinta. Pelbagai titik hitam ditempuhi dengan redha dan sabar. Berat bahu kami memikul. Hanya Allah tempat kami bermohon.

Siapakah yang patut untuk kita mengharapkan selain dari Yang Maha Besar? Dialah tempat untuk saya dan suami mengadu. Dialah jua tempat di kala musibah datang menerpa. Kami nekad untuk bangkit dari zaman kegelapan dan kegagalan demi anak-anak yang masih kecil. Kami masih meneruskan beberapa buah perniagaan antaranya bersama dengan sebuah syarikat tudung dan perniagaan batik.

Bermulalah era saya dan suami seia sekata untuk menimba ilmu bersama Dr Azizan Osman. Bermulanya dari IJI, AMP dan perubahan mendadak berlaku ketika habisnya program IMKK dan RKMJ. Nekad kami untuk memulakan langkah perniagaan secara korporat. Ketika itu juga saya sudah mula membina perniagaan cookies dari rumah sahaja. Pendapatan bulanan ketika itu telah pun mencecah ke 5 angka sebulan. Dan ketika mendapat tempahan wedding gift dan pelbagai tempahan dari jabatan korporat, kami memberanikan diri berpindah ke bangunan kedai agar dapat melebarkan lagi sayap Jazs.

Alhamdulillah, Allah maha mendengar rayuan hambanya yang dikhianati. Hanya dalam tempuh beberapa bulan, jiwa dan semangat kami memberontak untuk mendapatkan peluang perniagaan di dalam pasaraya MYDIN yang ketika itu masih dalam pembinaan berhampiran kawasan perumahan kami. Inilah turning point kami yang berlaku sekelip mata. Berbekalkan pengalaman di dalam membentangkan kertas kerja dan semangat tidak kenal erti putus asa, kami dan team Jazs telah berjaya dipilih menjadi rakan strategik bersama Mydin Holding di dalam bidang bakeri. Pelbagai tapisan demi tapisan kami lalui untuk berjaya ke peringkat ini.

Pada Disember 2013, Jazs Bakeri telah berdiri dengan megahnya di dalam pasaraya MYDIN cawangan Seremban 2. Bakeri Jazs yang kedua telah pun berada di MYDIN Cawangan USJ Subang pada Julai 2014. Cawangan yang ketiga di Mydin Cawangan Gong Badak Terengganu dibina pada November 2014.

Yang terkini di Johor Bahru dijangka pada awal tahun 2015. Tiada pahit, tiada kelat, tiada sakit yang perlu diungkapkan kerana Allah lebih mengetahui betapa peritnya kami untuk berada di tahap sekarang. Sehingga kini, saya dan suami masih meneruskan pengajian bersama Dr Azizan Osman di dalam membina syarikat Jazs agar Syarikat Jazs berdiri sama tinggi dengan syarikat besar di luar sana.

Syukur Allah memberi jalan yang lebih baik pada kami untuk meneruskan kehidupan. Kini jualan bulanan Jazs meningkat sehingga mencecah ke RM300,000 sebulan. Hanya Allah yang lebih mengetahui akan segala pahit maung yang kami lalui. Dan DIA gantikan yang lebih baik agar kami tidak lupa padaNya.

Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, bonda yang sentiasa mendoakan anaknya, team Mydin Holding Berhad dan mentor kesayangan ramai Dr Azizan Osman di atas perkongsian ilmu demi ilmu demi meningkatkan martabat ekonomi anak-anak bangsa Melayu.

Nasihat kami, kejayaan tidak datang bergolek. Usaha dan tekadkan hati dengan penuh keazaman. Jatuh bukan bererti kalah, gagal bukan bererti tewas. Insya Allah, kejayaan luar biasa akan tiba jua dengan ilmu, doa dan tindakan. Sebab itu semua orang perlu beri peluang kepada diri sendiri untuk hadir sesi seminar bersama Dr. Azizan Osman kerana Insya Allah anda akan dapat pelajari sesuatu yang mungkin akan merubah hidup dan tahap kewangan anda.

Layari www.AzizanOsman.com untuk maklumat tentang program-program seminar Dr. Azizan Osman dan www.SKPD2015.com untuk Seminar Kuasai Potensi Diri 2015 yang bakal berlangsung.



Semoga perkongsian ini bermanfaat kerana mungkin anda juga seperti saya sedang merangka perancangan tahun 2015 atau sedang berusaha untuk bangkit daripada kegagalan.

Friday, December 12, 2014

Panduan WAHM| Persekitaran Rumah & Mood Bekerja

Teks & Image: Rahayu Abdul Rashid


Assalamualaikum.

Setiap orang mempunyai cara dan kecenderungan yang berlainan apabila bekerja dari rumah. Ada yang boleh dan suka bekerja dalam keadaan 'bersepah' kerana katanya ia lebih kreatif dan terasa sangat produktif apabila berada dalam keadaan sedemikian.


Saya adalah individu yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan persekitaran. Fikiran saya berserabut sehingga tidak boleh fokus jika meja kerja (SOHO) atau ruang di rumah bersepah (sekurang-kurangnya yang nampak di mata saya, mestilah kemas!)


Sebab itulah, sebelum duduk di SOHO saya akan pastikan rumah telah siap dikemas dan semua kerja disiapkan. Cuma mainan anak sahaja yang saya biarkan bersepah. Tapi selepas anak main, saya akan pastikan kami anak-beranak sama-sama mengemas. Ini juga sebagai cara melatih anak tanggungjawab masing-masing dan mendidik mereka. 


Bila suasana dah bersih, selesa dan 'damai' dimata... maka jari-jemariku mulalah mengetuk keyboard. Anda bagaimana? 

Thursday, December 11, 2014

KPI sebagai WAHM

Teks dan Image: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Menjelang akhir tahun, jika yang bekerja makan gaji samada di sektor kerajaan atau swasta, pasti berdebar-debar nak tahu pencapaian KPI (Key Performance Indicator) atau apa jua istilah yang digunakan oleh majikan anda.


KPI bukan sahaja sebagai penanda aras prestasi kerja, tetapi mungkin juga ia sebagai penentu berapakah BONUS TAHUNAN yang akan diperolehi. Sebab itulah bukan perkara janggal jika berlaku perselisihan faham akibat tidak puas hati dengan KPI yang diberikan dan diterima.


Walau apa jua keputusan KPI anda, semoga rezeki yang diterima adalah rezeki yang berkat hasil daripada kerja yang jujur, amanah dan penuh tanggungjawab. KPI di 'sini' mungkin masih boleh bertoleransi atau dipertikaikan, tetapi tidak untuk 'KPI' di hari perhitungan kelak. 


Semoga kita bukan sahaja mempunyai KPI yang tinggi dunia, malah lebih tinggi dan hebat lagi di akhirat. InsyaAllah.


BAGAIMANA PULA JIKA KITA ADALAH WAHM? ADA KPI JUGA KE?

Jika ditanya pada saya, pasti ada! 

Kita adalah majikan, kitalah staf dan kitalah segalanya (saya merujuk kepada WAHM seperti saya yang berniaga sendiri dan tidak mempunyai majikan atau staf).



Setahun sudah hampir berlalu dalam 2014. Setakat mana yang berjaya kita capai? 

Terpulang kepada individu untuk melihat KPI anda daripada aspek yang mana. Mungkin daripada segi jualan, perkembangan jaringan perniagaan, keuntungan runcit, bonus daripada syarikat (jika produk MLM), pendapatan daripada iklan di blog dan sebagainya.


Selain itu, setakat mana target yang berjaya kita capai atau yang belum dilaksanakan. Perlukah di bawa ke tahun 2015 atau sebaliknya kerana ia mungkin tidak lagi relevant untuk tahun hadapan. Ini adalah antara contoh yang dapat saya berikan. Pasti anda ada KPI yang lebih hebat yang hendak dan telah dicapai bergantung kepada bisnes masing-masing.



Dah semak KPI anda untuk tahun 2014? 

Mungkin inilah juga masa untuk kita menikmati BONUS hasil pencapaian kita sebagai reward untuk diri sendiri. Setahun sekali, apa salahnya kita reward diri kita dengan apa yang kita impikan. Tak kiralah shopping barang yang sangat kita idamkan, pergi bercuti atau alangkah bersyukurnya jika kita dapat reward diri kita dan orang yang rapat dengan kita untuk ke Tanah Suci menunaikan Umrah (pastinya setelah mendapat 'jemputan' daripadaNya).


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Wednesday, December 10, 2014

Header Blog Baru untuk Semangat Baru

Teks dan Image: Rahayu Abdul Rashid
Tempahan Design Header: UMIESUE Studio  

Assalamualaikum.

Orang selalu kata, kalau makanan: "sebelum jamu perut, jamu mata dulu". Maksudnya ala-ala dari mata turun ke hati la. Kalau makanan pulak, dari mata turun ke perut agaknya.

Begitu juga dengan dunia blogging!

Konsep 'jamu mata' dulu baru jamu minda untuk menaip entry (bagi si penulis blog) dan jamu mata dulu untuk menarik minat para pembaca. Sebab itulah kalau kita tengok majoriti blogger dalam dan luar negara mempunyai Blog Header. Macam-macam jenis ado.


Penting ke Blog Header?

Ini saya akan ulas dalam entry lain. 


Cuma pagi yang indah ini, saya dah bersemangat semula untuk update blog ini setelah mendapat Blog Header baru! Malam tadi bila designer blog header ni email header yang dah siap, terus saya on labtop dan upload header baru ini.

Kali ni saya pilih untuk buat header bertemakan warna Pastel dan hanya tulisan sahaja. Ringkas!
Sekali saja Sue Haida (designer) tunjuk gambar ni kat Whatsapp, terus saya jatuh hati.
Terima kasih Sue.


Bukan setakat tukar header sahaja, tapi terus tukar tema warna keseluruhan blog! Amboi... warna tak menahan tu. Biru dan Pink! Perasan gegirl terus! Meh tengok sini :)

 
Kiri: Web Version
Kanan: Mobile Version


Apa salahnya sekali sekala nak berperasaan remaja kan? Remaja kertu katanya. Ok, InsyaAllah saya akan share banyak pengalaman, panduan dan tips sebagai Working at Home Mom (WAHM). Saya yakin, pasti ramai yang mencari peluang menambah pendapatan dengan bekerja dari rumah atau mungkin anda sudah menjadi WAHM dan sedang mengalami fasa 'burn out' yang membuatkan anda kecewa, tertekan, rasa dipinggirkan, rasa diperkecil-kecilkan kemampuan dan sebagainya. 


Kerana setelah hampir 5 tahun saya berhenti kerja pelbagai pengalaman suka duka telah saya lalui. Tekanan bukan sahaja daripada orang luar, tetapi juga daripada orang yang terdekat dengan kita sedangkan merekalah yang sepatutnya menjadi tulang belakang dan penguat semangat kita!

Tak kira siapa pun mereka, jangan biarkan mereka menjadi PENCURI IMPIAN kita.


Sehingga berjumpa lagi. Selamat menjamu mata dengan blog header baru yang very  the girlish ini. Salam sayang.


CATATAN (ini bukan iklan berbayar): 
Untuk tempahan design header blog, cover facebook, watermark, name card, edit blog, dan beberapa lagi perkhidmatan berkaitan design, anda boleh hubungi sahabat saya Sue Haida aka Sue Suka Susun. InsyaAllah, harga memang berpatutan dan ini saya tak tau dah kali ke berapa saya tempah header blog dengan Sue! 

Klik Link ini: UMIESUE Studio

Tuesday, December 9, 2014

Letihnya Berusaha?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Carian Google


Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Sebagai manusia biasa, saya sendiri pernah melalui fasa merasa sangat letih berusaha. Menjadi WAHM memerlukan komitment dan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang sangat kental.


Ada masanya, saya merasa sangat kecewa, tertekan dan penat! Pada waktu sedemikian, terasa ingin melepaskan semuanya walaupun hanya untuk seketika. Mungkin salah satu puncanya saya tiada masa yang berkualiti untuk diri sendiri (Me Time). 


Ada ketikanya, saya merasakan saya masih belum mencapai apa yang saya inginkan. Tapi, apabila saya muhasabah diri semula, sebenarnya saya sangat beruntung berbanding orang lain yang mungkin ingin berada di tempat saya!


Untuk itu, saya tidak membiarkan aura negatif sedemikian terlalu lama menguasai diri saya. Saya harus teruskan apa yang telah saya lakukan. Saya yakin BAHAWA:


Setiap apa yang dilalui adalah pengalaman. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli, ia perlu saya lalui untuk mematangkan diri, menambah keyakinan kepadaNya dan menjadikan saya orang yang sabar.


Semoga anda juga akan terus berusaha mengejar impian anda! 

Monday, December 8, 2014

Cabaran Ekonomi 2015

Sumber: Fanpage Dr. Azizan Osman
Status pada: 4-12/2014


[Cabaran ekonomi 2015]

Saya telah sebut tentang cabaran ekonomi sejak penghujung tahun lepas. Dan saya tulis sekali lagi dalam artikel dibawah ini. Saya juga pernah berkongsi tentang bagaimana persediaan untuk hadapinya. Terpulang kepada anda untuk follow atau tidak. Ia bukan satu pilihan tetapi perlukan tindakan untuk hadapinya. 

Photo: [Cabaran ekonomi 2015]

Saya telah sebut tentang cabaran ekonomi sejak penghujung tahun lepas. Dan saya tulis sekali lagi dalam artikel dibawah ini. Saya juga pernah berkongsi tentang bagaimana persediaan untuk hadapinya. Terpulang kepada anda untuk follow atau tidak. Ia bukan satu pilihan tetapi perlukan tindakan untuk hadapinya. 

Jangan lupa baca Al-Kahfi malam ini. 

#AwakKatMana
#AzizanOsman

http://azizanosman.com/bulan-november-bulan-kelahiran-saya/
Apa pandangan anda? 

Jika pendapatan RM3,000 sebulan adalah dalam kategori Miskin Bandar, di mana 'kedudukan' pendapatan kita dan kategori kita? Mampukah kita berjimat-cermat dengan menyekat perbelanjaan isi rumah? Setakat mana kita mampu melaksanakannya?


Apa pun, perkongsian daripada Dr. Azizan Osman di atas adalah antara pilihan yang boleh kita ambil untuk berdepan dengan Cabaran Ekonomi 2015.


Percayalah. 
Kita sentiasa ada pilihan. Carilah peluang dalam masalah. Mengeluh dan bersedih tidak akan menyelesaikan masalah. Tindakan yang kita ambil akan menentukan siapa kita dan kedudukan kewangan kita pada masa akan datang.


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita bersama. Wassalam.

Thursday, December 4, 2014

Idea Dekorasi SOHO Yang Menambat Hati

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Carian Google


Assalamualaikum. 
Inginkan motivasi dan terapi minda untuk bekerja dari rumah? Dipersembahkan buat anda semua. Jom! Sama-sama cuci mata sambil berangan dan berimpian SOHO secantik dan selengkap ini berada dalam rumah kita :)
















Ini paling saya berkenan! Ruang terhad digunakan sepenuhnya. Kemas dan simple. 

Sekian. Nanti saya share lagi idea dekorasi berkaitan SOHO. Jumpa lagi!

Tuesday, December 2, 2014

Cuti Sekolah Yang Panjang...

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Carian Google

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Semalam telah masuk minggu kedua cuti sekolah akhir tahun 2014. Bagaimana setakat ini wahai para ibu sekalian? Oh! Nampaknya ada yang tersenyum gembira, ada yang berkerut dahi dan ada juga yang sudah stress!


Kenapa begitu?


Adatlah bila anak-anak sepanjang hari berada di rumah. Lagi-lagi kita sebagai ibu yang tidak keluar bekerja (samada SAHM atau WAHM). Rutin dan jadual harian pasti berubah. Mungkin bertambah sibuk dan kelam-kabut. Saya yang ada 2 anak sahaja pun agak kelam-kabut, apa lagi yang ada lebih daripada 2 orang. 


Inilah masanya untuk ubah sedikit rutin harian agar kita tidak mengabaikan anak-anak. Isi waktu bersama anak dengan lebih berkualiti. Masa berlalu sangat pantas. Jangan disia-siakan masa dan saat ini, kerana masa yang berlalu tak akan berulang lagi.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Monday, December 1, 2014

12 - 11 = 1 SAHAJA?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Carian Google


12 - 1 = 1 SAHAJA?

Ini bukan formula Matematik. Jangan peningkan kepala fikir. Ini ialah:


11 = 

Januari

Februari

Mac 

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September 

Oktober

November 


1 = 

DISEMBER


12 bulan dalam setiap tahun. Kita telah pun melalui 11 bulan dalam tahun 2014. Hari ini, telah pun masuk bulan Disember 2014, iaitu bulan terakhir untuk tahun ini.


Masa semakin pantas berlalu. Usia kita semakin singkat. Masihkah ada masa berbaki untuk kita meneruskan perjuangan dan matlamat dunia & akhirat?


Selagi usia masih dikandung badan... teruskan berjuang, jangan pernah berhenti. Biar perlahan asalkan jangan berhenti terus. Selamat memulakan bulan baru, minggu baru dan hari baru. Semoga semangat kita terus membara walau apa jua rintangan mendatang.


Kepada anda yang ingin belajar Blog boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 
Rahayu Abdul Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
Whatsapp/Telegram sahaja: 013 - 255 0727
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...