Tuesday, October 21, 2014

Inspirasi Wanita Bekerja dari Rumah

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Dalam mengejar impian menjadi wanita bekerja dari rumah, kita mungkin terpaksa melepaskan banyak perkara atau pencapaian yang lebih hebat 'diluar' sana. Mungkin peluang tersebut kita takkan dapat bila kita bekerja dari rumah. 

Umpama daripada menyarungkan kemeja dan berkasut tinggi KEPADA berbaju kelawar berkain batik!


TAPI...
Ada pencapaian lain yang kita tak mampu ukur dan menilainya dengan pangkat dan wang ringgit. Antaranya ialah masa yang lebih banyak dan berkualiti bersama anak-anak yang semakin membesar dan memerlukan perhatian.


Untuk itu,
Jadilah wanita bekerja dari rumah yang memberi inspirasi kepada wanita lain. Bekerja dari rumah bukan perkara mudah, ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar.  Teruslah memberi inspirasi, jika bukan untuk orang lain, sudah memadai untuk diri kita sendiri dan anak-anak!


Semoga anak-anak kita menghargai segala kasih sayang dan pengorbanan yang kita berikan buat mereka. Semoga ia pengorbanan yang berguna dunia dan akhirat.

Salam sayang;
Rahayu Abdul Rashid

1 comment:

Rahimah Binti Omar said...

Salam perkenalan.

Saya juga sedang menyiapkan diri untuk bekerja dari rumah sepenuh masa. Sedang berdikit-dikit menimba ilmu sebagai persiapan.

mrsrahimahomar.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...