Impian untuk Menulis eBook

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.
Sejak sekolah rendah sehinggalah tamat belajar di kolej dan universiti, seterusnya sehingga bekerja perkara yang paling saya suka ialah MENULIS atau membuat kerja berkaitan penulisan. 

Semasa bekerja, saya sudah biasa menulis surat, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat (ini lebih kepada terpaksa, kerana membuat Minit Mesyuarat adalah sangat rumit dan setiap catatan perlu tepat!

Saya lebih suka mengadap komputer dan kertas kerja berbanding berhadapan dengan orang ramai! Ya. Saya jenis suka menyendiri dan membuat kerja saya dan saya tidak suka diganggu sewaktu khusuk bekerja!

Dengan kata lain, saya suka bekerja di belakang tabir sahaja!
Setelah bekerja dari rumah dan menyertai Akademi Bekerja di Rumah sejak 1 April 2014 lepas, saya semakin gemar menulis di blog. 

Pendedahan kepada eBook daripada Akademi Bekerja di Rumah dan eBook yang saya perolehi daripada sumber lain di media social (yang kebanyakannya adalah PERCUMA) menambah lagi keinginan saya untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah eBook.

Saya masih lagi belum mengambil apa-apa kelas atau kursus penulisan eBook. Tapi, buat masa ini saya sedang berfikir eBook berkaitan apa yang akan saya hasilkan, sasaran pembaca dan semestinya manfaat dunia dan akhirat yang akan diperolehi oleh pembaca dan saya sebagai penulis eBook tersebut.

InsyaAllah, saya akan berusaha ke arah impian tersebut. Semoga pada tahun 2015 sebuah eBook hasil garapan daripada Rahayu Abdul Rashid atau dengan nama penanya Ayu Rashid akan diterbitkan.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Comments

Popular Posts