Friday, October 10, 2014

Ilmu dan Bisnes

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Mentor dalam bisnes Premium Beautiful yang saya jalankan iaitu CDM Hanis Haizi dan CDM Nur Faziha selalu menekankan bahawa:

"Business is a Learning Process"

Memegang kata hikmah tersebut, saya sentiasa sematkan dalam diri bahawa setiap peluang untuk menambah ilmu untuk bisnes mesti saya ambil dan amalkan. 

Sekarang kita sangat beruntung, kerana sumber ilmu boleh diperolehi hanya dihujung jari! Malah di Facebook saya akan Like dan Follow individu dan Fanpage yang menjadi Coach, Mentor dan yang boleh memberikan ilmu serta maklumat berkaitan bisnes, motivasi dan semestinya keagamaan.


Menambah ilmu dalam bisnes adalah cara yang sangat berkesan untuk kita kekalkan momentum dan motivasi agar kita sentiasa bersemangat menempuhi apa jua cabaran. 


Bekerja dari rumah (Working at Home Mom) bukanlah perkara yang mudah. Kerana kitalah boss, pekerja, ibu, isteri, pendidik, tukang masak dan juga tukang kemas rumah! (dengan bahasa mudahnya, semua kerja kena buat!)


Justeru itu, setiap hari saya akan pastikan saya membaca walau sedikit kata-kata dan perkongsian daripada individu yang menyalurkan ilmu, motivasi dan tips dalam kehidupan, perniagaan dan rohani. 


InsyaAllah, semoga ilmu yang diperolehi bukan sahaja bermanfaat untuk dunia, tetapi juga untuk di akhirat yang pastinya kekal abadi.


Sehingga berjumpa lagi. Salam Jumaat yang penuh keberkataan. Wassalam.

1 comment:

rokiah Abdul hamid said...

terima kasih atas info ini:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...