Wednesday, October 22, 2014

DUNIA WAHM| Rumah Bersih = Hati Tenang!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Sebagai Wanita Bekerja dari Rumah (WAHM), pasti kebanyakan daripada kita mendambakan rumah yang sentiasa bersih, kemas dan teratur! 

Walaupun ada anak-anak yang masih kecil yang menjadikan tugasan menjaga kekemasan rumah agak mencabar, namun kita gigih melaksanakan tugasan tersebut. Betul tak?

Begitu juga dengan saya!

Bersepah saat anak bermain dan belajar, tidak mengapa. Itu tandanya mereka sihat dan kreatif. Walaupun mata 'sakit' melihat suasana bersepah, tabahkan hati! Itulah yang dikatakan 'kebahagiaan' menjadi WAHM. Anak dan kerja dapat kita jaga dan laksanakan serentak.

Sudahkan anda mengemas rumah hari ini? Atau, hari cuti anda pun bercuti? Apa pun, selamat bercuti dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Kepada rakan pembaca yang menyambut Deepavali, selamat meraikan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...