Wednesday, October 29, 2014

Bisnes Dari Rumah yang Menguntungkan

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Trend wanita berbisnes dari rumah semakin berkembang. Ia bukan lagi perkara asing dalam masyarakat Malaysia apabila wanita yang pernah menyandang jawatan 'kolar putih' kini berbisnes online dari rumah.


Persoalan yang mungkin pernah bermain difikiran kita ialah adakah bisnes dari rumah menguntungkan? Apakah pula jenis bisnes/produk/perkhidmatan yang boleh menjana keuntungan lumayan?


Sebenarnya kedua-dua jawapan kepada persoalan ini adalah sangat subjektif!


Ia bergantung kepada individu dan sebagai umat Islam, sudah pasti kita yakin bahawa setiap rezeki manusia telah ditentukan oleh Allah Taala. Namun, kita seharusnya bijak membuat pilihan bisnes apa yang sesuai dengan diri kita, permintaan pasaran dan timbalah ilmu bisnes sebanyak mungkin kerana ilmu sangat penting untuk kesinambungan bisnes.


Yang penting, bisnes yang kita jalankan bukan sahaja berteraskan untuk duit semata-mata, tetapi biarlah ia menambah nilai dan memberi manfaat kepada pengguna dan orang lain. Tiada guna kita mengaut keuntungan lumayan andainya produk yang kita jual memudaratkan pengguna.


Salam Sayang;
Rahayu Abdul Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...