Posts

Showing posts from October, 2014

Bisnes Dari Rumah yang Menguntungkan

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Trend wanita berbisnes dari rumah semakin berkembang. Ia bukan lagi perkara asing dalam masyarakat Malaysia apabila wanita yang pernah menyandang jawatan 'kolar putih' kini berbisnes online dari rumah.

Persoalan yang mungkin pernah bermain difikiran kita ialah adakah bisnes dari rumah menguntungkan? Apakah pula jenis bisnes/produk/perkhidmatan yang boleh menjana keuntungan lumayan?

Sebenarnya kedua-dua jawapan kepada persoalan ini adalah sangat subjektif!

Ia bergantung kepada individu dan sebagai umat Islam, sudah pasti kita yakin bahawa setiap rezeki manusia telah ditentukan oleh Allah Taala. Namun, kita seharusnya bijak membuat pilihan bisnes apa yang sesuai dengan diri kita, permintaan pasaran dan timbalah ilmu bisnes sebanyak mungkin kerana ilmu sangat penting untuk kesinambungan bisnes.

Yang penting, bisnes yang kita jalankan bukan sahaja berteraskan untuk duit semata-mata, tetapi biarlah ia menambah nilai …

PROMOSI: Pakej Mampu Milik Akademi Bekerja di Rumah

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Akademi Bekerja di Rumah
Assalamualaikum.
Berita baik untuk rakan-rakan pembaca yang mencari peluang untuk menyertai Akademi Bekerja di Rumah yang menghadapi kekangan kewangan kerana Akademi Bekerja di Rumah sedang mengadakan PROMOSI seperti berikut:
CATATAN: Untuk tempoh terhad yang sehingga dimaklumkan kelak. Harap maklum.

Untuk itu, inilah peluang terbaik untuk rakan-rakan rebut segera. Jangan bertangguh lagi kerana promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja lagi. Hubungi saya sebagaimana cara yang dinyatakan di dalam gambar di atas.
Salam sayang dan Selamat Menjalankan Tugas. Rahayu Abdul Rashid

ULASAN eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


Bisnes online bukanlah perkara baru dalam diari kehidupan saya. Saya telah berbisnes secara online sejak tahun 2011. Pelbagai ragam pelanggan telah saya temui.

Oleh itu, atas dasar ingin menambah ilmu dalam Khidmat Pelanggan, apabila Puan Masayu Ahmad melancarkan eBook terbaru beliau iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online saya tidak membuang masa untuk mendapatkan naskah tersebut!

Di sini, saya ingin kongsikan ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online dengan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah.

Cara penyampaian di dalam eBook tersebut adalah ringkas dan padat. Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.
Kita juga pasti tidak sabar untuk mempraktiskan ilmu yang diperolehi daripada eBook ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin anda juga seperti saya, sambil membaca eBook ini, saya sempat te…

DUNIA WAHM| Rumah Bersih = Hati Tenang!

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi
Sebagai Wanita Bekerja dari Rumah (WAHM), pasti kebanyakan daripada kita mendambakan rumah yang sentiasa bersih, kemas dan teratur! 

Walaupun ada anak-anak yang masih kecil yang menjadikan tugasan menjaga kekemasan rumah agak mencabar, namun kita gigih melaksanakan tugasan tersebut. Betul tak?
Begitu juga dengan saya!

Bersepah saat anak bermain dan belajar, tidak mengapa. Itu tandanya mereka sihat dan kreatif. Walaupun mata 'sakit' melihat suasana bersepah, tabahkan hati! Itulah yang dikatakan 'kebahagiaan' menjadi WAHM. Anak dan kerja dapat kita jaga dan laksanakan serentak.
Sudahkan anda mengemas rumah hari ini? Atau, hari cuti anda pun bercuti? Apa pun, selamat bercuti dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Kepada rakan pembaca yang menyambut Deepavali, selamat meraikan!

Inspirasi Wanita Bekerja dari Rumah

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Dalam mengejar impian menjadi wanita bekerja dari rumah, kita mungkin terpaksa melepaskan banyak perkara atau pencapaian yang lebih hebat 'diluar' sana. Mungkin peluang tersebut kita takkan dapat bila kita bekerja dari rumah. 
Umpama daripada menyarungkan kemeja dan berkasut tinggi KEPADA berbaju kelawar berkain batik!

TAPI... Ada pencapaian lain yang kita tak mampu ukur dan menilainya dengan pangkat dan wang ringgit. Antaranya ialah masa yang lebih banyak dan berkualiti bersama anak-anak yang semakin membesar dan memerlukan perhatian.

Untuk itu, Jadilah wanita bekerja dari rumah yang memberi inspirasi kepada wanita lain. Bekerja dari rumah bukan perkara mudah, ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar.  Teruslah memberi inspirasi, jika bukan untuk orang lain, sudah memadai untuk diri kita sendiri dan anak-anak!

Semoga anak-anak kita menghargai segala kasih sayang dan pengorbanan yang kita berikan buat mereka. Semoga ia pengorb…

eBook| Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Akademi Bekerja di Rumah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Khidmat Pelanggan adalah satu kemahiran yang boleh kita pelajari dan perlu kita miliki untuk kesinambungan bisnes termasuklah dalam bisnes online. 
Kini, kita boleh menimba ilmu dan menambah pengetahuan berkaitan Khidmat Pelanggan melalui eBook RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN ONLINE.

eBook Rahsia Khidmat Pelanggan Online ini baru sahaja diterbitkan pada bulan September 2014. Penulisnya ialah Pengasas Akademi Bekerja di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja di Rumah).

PROMOSI: RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja) Harga selepas ini RM50

Isi Kandungan:
Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelan…

Apakah Yang Diperlukan Dalam Bisnes Online?

Image
Sumber: http://aswadi.com/?p=413
Teks: Rahayu Abdul Rashid


Gambar di bawah saya perolehi daripada blog seorang Internet Marketer iaitu Aswadi.com. 
Jika kita lihat, salah satu daripada tools/medium yang diperlukan dalam online bisnes ialah: Blog. 
Blog bukan sekadar untuk perkongsian maklumat mengenai produk/perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi sebagai medium untuk membina jenama!
Bina jenama yang kukuh kerana kepercayaan bakal pelanggan kita bermula apabila mereka 'mengenali' kita melalui penulisan. Kerana bisnes tanpa bersua muka memerlukan kepercayaan yang tinggi.
Sebab itulah ramai Blogger popular jual apa sahaja pun laris jualannya. Siapakah pembelinya? Tak lain tak bukan... majoriti daripadanya adalah 'pembaca setia' mereka (Followers).
Gunakan blog sebagai media pemasaran percuma dan setiap peniaga online WAJIB mempunyai blog!
Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Mutiara Kata #1

Image
KEJAYAAN LAHIR DARIPADA KEBERANIAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN YANG LUARBIASA!
~Ayu Rashid~

Impian untuk Menulis eBook

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Google
Assalamualaikum. Sejak sekolah rendah sehinggalah tamat belajar di kolej dan universiti, seterusnya sehingga bekerja perkara yang paling saya suka ialah MENULIS atau membuat kerja berkaitan penulisan. 
Semasa bekerja, saya sudah biasa menulis surat, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat (ini lebih kepada terpaksa, kerana membuat Minit Mesyuarat adalah sangat rumit dan setiap catatan perlu tepat!
Saya lebih suka mengadap komputer dan kertas kerja berbanding berhadapan dengan orang ramai! Ya. Saya jenis suka menyendiri dan membuat kerja saya dan saya tidak suka diganggu sewaktu khusuk bekerja!
Dengan kata lain, saya suka bekerja di belakang tabir sahaja! Setelah bekerja dari rumah dan menyertai Akademi Bekerja di Rumah sejak 1 April 2014 lepas, saya semakin gemar menulis di blog. 
Pendedahan kepada eBook daripada Akademi Bekerja di Rumah dan eBook yang saya perolehi daripada sumber lain di media social (yang kebanyakannya adalah PERCUMA) menamb…

Ilmu dan Bisnes

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Mentor dalam bisnes Premium Beautiful yang saya jalankan iaitu CDM Hanis Haizi dan CDM Nur Faziha selalu menekankan bahawa:
"Business is a Learning Process"
Memegang kata hikmah tersebut, saya sentiasa sematkan dalam diri bahawa setiap peluang untuk menambah ilmu untuk bisnes mesti saya ambil dan amalkan. 
Sekarang kita sangat beruntung, kerana sumber ilmu boleh diperolehi hanya dihujung jari! Malah di Facebook saya akan Like dan Follow individu dan Fanpage yang menjadi Coach, Mentor dan yang boleh memberikan ilmu serta maklumat berkaitan bisnes, motivasi dan semestinya keagamaan.

Menambah ilmu dalam bisnes adalah cara yang sangat berkesan untuk kita kekalkan momentum dan motivasi agar kita sentiasa bersemangat menempuhi apa jua cabaran. 

Bekerja dari rumah (Working at Home Mom) bukanlah perkara yang mudah. Kerana kitalah boss, pekerja, ibu, isteri, pendidik, tukang masak dan juga tukang kemas rumah…

Manisnya Sebuah Pengorbanan

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi


Mengenang kembali masa yang berlalu. Ada yang masih segar diingatan. Ada yang semakin kabur malah ingin dilupakan!
Penat lelah, suka dan duka mencapai sebuah impian. Bukan mudah untuk diharungi. Namun, hati perlu kekal kental meneruskannya.
Tidak sabar rasanya. Untuk tersenyum puas sambil menadah tangan mengucapkan kesyukuran. Di atas nikmat sebuah kejayaan. Setelah merasa 'manisnya' sebuah pengorbanan.
Sesungguhnya... Tiada yang mudah untuk dicapai. Namun, percayalah... rezeki ditangan Allah. Kita merancang, tetapi... Dia-lah sebaik-baik perancang.
Lakukan sehabis baik. Kerana DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salam Sayang dan Selamat Pagi!

Salam Aidiladha

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Google
Daripada; Rahayu Abdul Rashid & Keluarga

Harga Minyak Naik Lagi! Apakah Peranan Surirumah dalam Membantu Ekonomi Keluarga?

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini, bermulalah kenaikan harga minyak Petrol dan Diesel  yang mengundang pelbagai reaksi daripada kebanyakan pihak. Malam tadi, pasti setiap stesen minyak bersusun menerima pelanggan yang mengisi penuh tangki kenderaan masing-masing! Berapa hari mampu bertahan dengan isian penuh tersebut?


Walaupun kenaikan harga cuma 20 sen/liter, tapi ia pasti memberi impak yang besar kepada harga barang. Apabila kenaikan harga barang berlaku, kos sara hidup pun kian meningkat.


Tambang bas dan van sekolah pun MUNGKIN akan naik juga. Kalau hanya seorang anak bersekolah seperti kami, kira masih OK lagi. Tapi bagaimana kalau anak 3, 4, 5 orang? Kalau seorang katakan RM80 seperti anak kami (sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan), cubalah kita kira kos tambang bas/van untuk beberapa orang anak. Ia sangat terkesan!

Walaupun kita disarankan untuk berjimat cermat, namun setakat mana kita mampu melakukannya, atau dengan bahasa mud…