Thursday, September 18, 2014

Tips Kejayaan Bekerja dari Rumah

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum.
Tips kejayaan bekerja dari rumah? Sebenarnya saya sendiri masih merangkak dalam menggapai kejayaan sebagai wanita bekerja dari rumah.


Tapi, izinkan saya kongsikan 3 Tips untuk berjaya sebagai wanita bekerja dari rumah mengikut pemerhatian dan pengalaman saya secara am.


1. Jaga hubungan dengan "Majikan" kita.
Siapa "majikan kita"? Majikan kita ialah Allah. Apabila bekerja/berniaga majikan kita secara terus ialah Allah. DIA yang memberikan rezeki kepada kita. Sekuat mana kita berusaha, jika tiada izin daripadaNya, mustahil untuk kita capai kejayaan.


2. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Kunci keberkatan dan murahnya rezeki kita ada pada ibu bapa. Tak kira mereka masih ada atau sebaliknya, hubungan kita tak pernah putus! Jaga-jaga-dan jagalah dengan baik.


3. Diri sendiri
Tepuk dada, tanya diri dan impian kita. Usaha kita setakat mana nak berjaya?


Sekian. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...