Segala Untukmu...

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.
Terasa lama sangat tak update blog ini. Buat masa sekarang, agak sibuk dengan urusan keluarga dan kesihatan tak berapa mengizinkan untuk mengadap labtop selalu. Namun bisnes masih berjalan seperti biasa. 


Alhamdulillah juga, Allah memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Saya telah dijemput menjadi Admin/Penulis Blog perniagaan seorang sahabat. Syukur Alhamdulillah. Setiap kali saya mendapat apa-apa rezeki, saya sentiasa fikir. "Ini rezeki untuk mak aku". 


Semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik, idea yang mencurah-curah untuk menjayakan blog rakan tersebut dan saya akan berikan yang terbaik. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Walaupun kami hanya mengenali secara online sahaja pada mulanya (sekitar tahun 2011 melalui bisnes dan produk Premium Beautiful), hubungan kami tak pernah putus. 


Akhirnya, kami menjalinkan kerjasama dalam bisnes beliau. Semoga bisnes sahabat saya terus maju dan menjadi kaya raya :)


Ada juga rakan-rakan yang mengatakan saya beruntung kerana melalui penulisan di blog saya boleh mejana pendapatan dari rumah. Apa yang saya mampu katakan ialah, syukur Alhamdulillah. Rakan-rakan rapat tentu dah tau apa yang saya lalui. Pelbagai suka duka dan jerih perih yang saya tempuhi sepanjang 4 tahun lebih tidak bekerja 'makan gaji'.


Income turun naik perkara biasa. Ada masa saya hampir kalah. Tapi saya kena paksa diri bangkit semula. Bukan untuk diri saya sahaja, tapi paling utama untuk emak saya. Selagi emak saya ada, tanggungjawab saya tak pernah akan habis. Berkat rezeki dan kehidupan saya ada pada mak saya. Saya bukan nak cakap saya anak yang baik. Saya anak yang degil! Malas masak pulak tu hehhe. Tapi saya akan bantu mak saya selagi saya mampu. Tak dapat banyak, sikit pun saya dah rasa puas hati dan bersyukur. 


Harta benda banyak mana pun, alim setinggi mana pun... kalau kita membelakangkan ibu bapa, semua tak bererti. Sedangkan dalam Islam sekalipun telah ditekankan bahawa, kalau nak bersedekah... utamakan ibu bapa, adik-beradik, jiran-jiran dahulu.... barulah orang lain. Kerana ia lebih afdhal dan akan lebih merapatkan silaturrahim dan mengeratkan kasih sayang.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Comments

Popular Posts