Monday, September 8, 2014

Kepentingan Pengurusan Masa

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google


Assalamualaikum.

Kita selalu dengar atau mungkin diri kita sendiri mengatakan bahawa 'tak cukup masa'. Eh! bukan ke yang tak cukup masa ni cuma orang yang dah nak meninggal dunia? Sebab bila tiba saat ajal menjemput, ia tidak akan cepat atau lewat walau sesaat pun!



Justeru itu, kita kena elakkan diri daripada menyatakan bahawa kita tak cukup masa! Apa lagi tiada masa. Setiap orang, diberikan anugerah masa yang sama banyak setiap hari. 24 jam sehari. Tiada bezanya pun antara orang tu kaya, miskin, bekerja, surirumah, pelajar, kanak-kanak malah bayi sekalipun!


Semuanya terpulang kepada setiap individu bagaimana nak menguruskan masa agar ia tidak berlalu dengan sia-sia. 



Untuk orang yang berniaga dari rumah seperti saya, masa juga adalah sumber pendapatan untuk saya! Saya perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan bisnes. Ada masa, saya memang sangat letih melakukan keduanya. Tapi, keduanya adalah tanggungjawab dan passion saya. Alhamdulillah, saya dapat sesuaikan diri dengan keadaan.


Bagaimana anda membuat pengurusan masa?


Sebenarnya, ia adalah fleksibel bergantung kepada setiap individu. Ini adalah kerana rutin kehidupan setiap orang adalah berbeza-beza. Cuma, kita yang tahu apa yang sesuai untuk diri dan keluarga kita. Kita hanya boleh mendapatkan tips dan panduan sahaja. Selebihnya bergantung kepada kebijaksanaan dan disiplin kita untuk menggunakan masa dengan baik.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...