Anda Tiada Idea Nak Update Blog?

 Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.
Bertemankan secawan kopi dan sedikit kudap-kudapan... itulah kegembiraan dan semangat saya untuk update blog hampir setiap hari! Iyer, suka ketagih dengan kopi dan suka makan!

Bila jari-jemari sudah menari-nari di atas keyboard, selalunya air kopi yang panas berasap akan setia di dalam cawan sehingga sejuk! Saya akan menaip dan menaip sehingga begitu leka.


Alhamdulillah, Allah berikan rezeki dalam bentuk idea kepada saya. Walaupun di saat saya tekan Options Create a New Post dalam fikiran masih kosong! Tak tahu nak update pasal apa pun!

Quicks Tips yang saya nak kongsikan disini ialah kita boleh buka Pictures Folder di dalam PC atau labtop kita. Pasti ada gambar-gambar yang boleh kita jadikan entry blog atau idea yang boleh dicetuskan daripada gambar yang kita lihat.


Atau kita boleh sahaja Google Images. Boleh cari gambar berkenaan isu semasa, apa yang kita ingin kongsikan atau apa sahaja yang kita rasa hendak berkongsi di dalam entry blog.


Pada saya, jangan hadkan apa yang kita ingin sampaikan. Jika tiada banyak idea untuk dikongsikan, memadai meletakkan beberapa keping gambar, letakkan sedikit pengenalan dan captions  untuk setiap gambar. Ayat yang ringkas sudah memadai. Tak perlu meleret-leret!


Cuba rakan-rakan praktikkan setiap hari. 1 hari 1 entry blog. InsyaAllah, apabila kita lakukan secara istiqamah, menulis di blog bukan lagi perkara asing buat kita. Jangan marahkan saya kalau rasa resah gelisah jika sehari tak update blog!

Sebab itulah di dalam Akademi Bekerja di Rumah, salah satu Tugasan yang wajib disiapkan ialah Menulis 44 Entries! Nak tau kenapa? Apa yang saya ulas di atas adalah iaitu supaya kita istiqamah, sentiasa dapat idea untuk update blog dan kita sayang dengan blog kita!


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Comments

Ismawie Bujin said…
Terlalu banyak dah blog hamba bikin,semuanya tidak sampai ke penghujung.Idea yang saudari sampaikan itu,amatlah berguna.Hamba berharap ingin memenuhi blog hamba dengan cerita atau hikayat yang berguna.

Popular Posts