Posts

Showing posts from September, 2014

Saya Ingin Bekerja dari Rumah!

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Ramai wanita yang mempunyai impian untuk bekerja dari rumah. Trend bekerja dari rumah bukan lagi perkara asing di Malaysia. Peluang perniagaan terbuka luas kepada sesiapa yang berani mengambil peluang demi untuk mencapai impian masing-masing.

Bekerja dari rumah bukan perkara susah dan juga bukan perkara mudah! TETAPI ia boleh dilakukan oleh setiap individu selagi mereka kekal fokus, mempunyai target dan bertindak mengikut target yang telah ditetapkan. 

Untuk mula bekerja dari rumah khususnya berbisnes secara online, anda digalakkan memulakan dengan medium pemasaran secara percuma dahulu, seperti:
FacebookFacebook FanpageBlogInstagram
Antara jenis perniagaan yang boleh dijalankan ialah: DropshipMenjual produk MLMMenjual eBookMenjual produk/hasil kraftangan sendiriMenjual produk makanan (kek, kerepek, dll)
Di Akademi Bekerja di Rumah, anda boleh menjadi Rakan Niaga Akademi yang membolehkan anda menjana pendapata…

Anda Tiada Idea Nak Update Blog?

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Bertemankan secawan kopi dan sedikit kudap-kudapan... itulah kegembiraan dan semangat saya untuk update blog hampir setiap hari! Iyer, suka ketagih dengan kopi dan suka makan!
Bila jari-jemari sudah menari-nari di atas keyboard, selalunya air kopi yang panas berasap akan setia di dalam cawan sehingga sejuk! Saya akan menaip dan menaip sehingga begitu leka.

Alhamdulillah, Allah berikan rezeki dalam bentuk idea kepada saya. Walaupun di saat saya tekan Options Create a New Post dalam fikiran masih kosong! Tak tahu nak update pasal apa pun!
Quicks Tips yang saya nak kongsikan disini ialah kita boleh buka Pictures Folder di dalam PC atau labtop kita. Pasti ada gambar-gambar yang boleh kita jadikan entry blog atau idea yang boleh dicetuskan daripada gambar yang kita lihat.

Atau kita boleh sahaja Google Images. Boleh cari gambar berkenaan isu semasa, apa yang kita ingin kongsikan atau apa sahaja yang kita rasa hendak berkongs…

Segala Untukmu...

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Terasa lama sangat tak update blog ini. Buat masa sekarang, agak sibuk dengan urusan keluarga dan kesihatan tak berapa mengizinkan untuk mengadap labtop selalu. Namun bisnes masih berjalan seperti biasa. 

Alhamdulillah juga, Allah memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Saya telah dijemput menjadi Admin/Penulis Blog perniagaan seorang sahabat. Syukur Alhamdulillah. Setiap kali saya mendapat apa-apa rezeki, saya sentiasa fikir. "Ini rezeki untuk mak aku". 

Semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik, idea yang mencurah-curah untuk menjayakan blog rakan tersebut dan saya akan berikan yang terbaik. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Walaupun kami hanya mengenali secara online sahaja pada mulanya (sekitar tahun 2011 melalui bisnes dan produk Premium Beautiful), hubungan kami tak pernah putus. 

Akhirnya, kami menjalinkan kerjasama dalam bisnes beliau. Semoga bisnes sahabat saya terus maju dan …

Tips Kejayaan Bekerja dari Rumah

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Assalamualaikum.
Tips kejayaan bekerja dari rumah? Sebenarnya saya sendiri masih merangkak dalam menggapai kejayaan sebagai wanita bekerja dari rumah.


Tapi, izinkan saya kongsikan 3 Tips untuk berjaya sebagai wanita bekerja dari rumah mengikut pemerhatian dan pengalaman saya secara am.


1. Jaga hubungan dengan "Majikan" kita.
Siapa "majikan kita"? Majikan kita ialah Allah. Apabila bekerja/berniaga majikan kita secara terus ialah Allah. DIA yang memberikan rezeki kepada kita. Sekuat mana kita berusaha, jika tiada izin daripadaNya, mustahil untuk kita capai kejayaan.


2. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Kunci keberkatan dan murahnya rezeki kita ada pada ibu bapa. Tak kira mereka masih ada atau sebaliknya, hubungan kita tak pernah putus! Jaga-jaga-dan jagalah dengan baik.


3. Diri sendiri
Tepuk dada, tanya diri dan impian kita. Usaha kita setakat mana nak berjaya?


Sekian. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Kepentingan Pengurusan Masa

Image
Teks: Rahayu Abdul Rashid Image: Google

Assalamualaikum.
Kita selalu dengar atau mungkin diri kita sendiri mengatakan bahawa 'tak cukup masa'. Eh! bukan ke yang tak cukup masa ni cuma orang yang dah nak meninggal dunia? Sebab bila tiba saat ajal menjemput, ia tidak akan cepat atau lewat walau sesaat pun!


Justeru itu, kita kena elakkan diri daripada menyatakan bahawa kita tak cukup masa! Apa lagi tiada masa. Setiap orang, diberikan anugerah masa yang sama banyak setiap hari. 24 jam sehari. Tiada bezanya pun antara orang tu kaya, miskin, bekerja, surirumah, pelajar, kanak-kanak malah bayi sekalipun!

Semuanya terpulang kepada setiap individu bagaimana nak menguruskan masa agar ia tidak berlalu dengan sia-sia. 


Untuk orang yang berniaga dari rumah seperti saya, masa juga adalah sumber pendapatan untuk saya! Saya perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan bisnes. Ada masa, saya memang sangat letih melakukan keduanya. Tapi, keduanya adalah tanggungjawab dan passion saya. Alhamd…

Bio Seleza Feminine Pad| Fakta dan Bukti yang Perlu Kita Ketahui!

Image
Fakta 1: "Kanser Rahim ialah pembunuh No. 2wanita di Malaysia selepas kanser buah dada? dengan kematian sebanyak 266,000 seluruh dunia setahun. Statistik 2012 WHO juga menunjukkan sekurang-kurangnya 1447 wanita didiagnosis mengalami kanser pangkal rahim dengan lebih daripad 729kematian sehari!"

Fakta 2: "Kebanyakan tuala wanita di pasaran diperbuat daripada kertas terbuang seperti paper lama, tisu, kotak i.e. ‘recycled paper’ atau pulpa kayu yang di lunturkan i.e. ‘bleach’ dengan bahan kimia pemutih? Jika digunakan dalam masa yg panjang boleh mengakibatkan masalah, keputihan, kekuningan, kehijauan!, haid tak stabil, vagina gatal2 & berbau, masalah hormon, sukar hamil, pening, kurang tenaga ketika haid & jika dibiarkan berterusan mungkin mengakibatkan cyst, fibroid, kanser ovari, kanser pangkal rahim dan sebagainya"


ADAKAH KITA SEDAR YANG KITA JUGA TURUT TERDEDAH DENGAN RISIKO KESAN DARI PENGGUNAAN TUALA WANITA?
Jangan merisikokan diri kita jika kita mempunya…

Selamat Datang September!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Assalamualaikum. Sepanjang minggu lepas, saya tak berkesempatan update blog ini. Cuma sempat update blog peribadi sahaja. Itu pun hanya beberapa entry sahaja. 

Hari ni dah 2hb September 2014. Target setiap bulan telah disiapkan. InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik. Selebihnya Allah yang menentukan, kerana rezeki adalah daripadaNya. 

Bagaimana dengan anda?  Apakah target yang hendak dicapai pada bulan September ini?

Semoga kita semua dipermudahkan. Niat yang baik-baik, InsyaAllah walaupun sedikit asalkan berkat. 

Jumpa lagi. WASSALAM.