WAHM| Di Dalam Pahit... Ada Manisnya

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Google

Assalamualaikum.

Bunga ros memang cantik dan wangi. Ros merah lambang cinta sejati yang mekar menyala-nyala. Bukankah begitu? Kita tahu, disebalik cantik dan wanginya bunga ros, tidak kira apa jua warna dan jenisnya, batangnya mempunyai duri yang tajam!

Tapi, kita tetap ingin memetik si bunga nan cantik itu. Kenapa? 

Kerana ia cantik dan sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia, khususnya kaum Hawa yang menyukai bunga dan kecantikan. Kaum Adam pula boleh menjadikan bunga ros sebagai cara untuk memikat dan memujuk hati si Hawa pujaan hati. *Tiba-tiba terkenang zaman muda remaja dulu hehe.


Begitu juga kehidupan dan cabaran sebagai Working at Home Mom (WAHM). Siapa pernah melaluinya, pasti merasai pengalaman tersebut. Kitalah isteri, ibu, 'pekerja', 'boss' dan cikgu!

Bermula seawal pagi saat membuka mata, sehinggalah memejamkan mata untuk tidur. Tugasan tak pernah habis. Malah, kadang-kadang selalu saya terfikir. 

"Kalaulah aku  ni ROBOT... dah lama kena hantar servis. Atau rosak terus!


Fizikal dan mental sentiasa bergerak ligat. Kalau diikutkan penat memang tidak ke manalah urusan rumahtangga dan bisnes. Perasaan usah dilayan. Jika terasa demotivate, cepat-cepat muhasabah diri. Fikir balik apa matlamat kita jadi WAHM, kenapa perlu kuat? Untuk siapa? 


Disitulah letaknya perumpamaan yang saya nilaikan dengan bunga rose dan durinya. Pahitnya cabaran... dan manisnya yang akan kita kecapi. Mungkin ia perit untuk kita, namun andai itu yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak... juga sebagai ganjaran pahala kepada kita, kita perlu kuat!


Sehingga berjumpa lagi. Selamat berhujung minggu. 

Salam Sayang;
Rahayu Abdul Rashid


Comments

dalila yusof said…
hu2 oenat memang penat..tp ngadu pada Allah s.w.t membuat kn kita makin kuat

Popular Posts