Tips Memulakan Bisnes Online| Produk Apa Nak Jual?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.
Ramai yang ingin memulakan bisnes online samada secara separuh masa atau sepenuh masa. Lambakan produk yang boleh kita jual mungkin menyebabkan kita keliru... apa produk nak jual ni?


Tapi... jika kita ingin memulakan sebuah bisnes online, kita perlu memilih produk yang sesuai dan semestinya mendapat permintaan daripada pelanggan. Jangan terburu-buru ingin mengeluarkan atau mencipta produk sendiri. Seelok-eloknya cuba dulu berniaga produk orang lain samada sebagai Agent Dropship, Agent berdaftar secara terus dengan syarikat/pengeluar produk atau menjual produk hasil daripada 'air tangan' sendiri seperti makanan, kraftangan, hasil jahitan dan tanaman.

Cuba hasilkan dan pasarkan dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Buka pasaran melalui promosi di blog, fanpage, facebook dan instagram kerana ia adalah PERCUMA!

Apabila mula mendapatkan hasil, barulah boleh ditambah kuantiti dan gunakan modal dan keuntungan yang ada sebagai modal pusingan. JANGAN sesuka hati menggunakan duit bisnes untuk tujuan peribadi. Kerana jika demikian, kita tidak dapat melihat Aliran Tunai perniagaan. 

Sekiranya anda masih tiada idea produk apa yang ingin diniagakan, anda boleh menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja di Rumah. Anda boleh menjual produk-produk Akademi yang terdiri daripada produk Digital dan juga sebagai Agent Dropship. 

Dengan modal yang minimum dan bimbingan yang akan diberikan, anda boleh menjana pendapatan setiap hari bergantung kepada usaha masing-masing. Apa jua bisnes atau produk yang kita jual, kita perlulah konsisten dalam mempromosikan. Tiada bisnes yang mudah dan boleh diambil mudah! Bisnes kita tanggungjawab kita, bukan tanggungjawab orang lain. 

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Comments

Popular Posts