Wednesday, August 20, 2014

Shah Alam "Syurga" Makanan!

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Masa masih tinggal kat Shah Alam, nak makan kat luar memang best! Sebut jer nak makan apa, baik untuk sarapan, lunch, minum petang, dinner even supper... asalkan ada duit semua boleh makan!


Saya jarang masak! Even masa masih bekerja, belum ada anak, dah ada anak, dah berhenti kerja pun kerap makan kat luar. Nak kata malas tu yer jugak hehehe. Tapi kalau makan kat luar boleh rasa pelbagai makanan.


Kalau saya masak? Ulang tayang menu sama. Walaupun suami cakap saya masak sedap (ehemmm ehemmm), tapi masalahnya saya sendiri dah muak dengan masakan sendiri. Alasan kukuh untuk skip memasak!


Tapi... bila pindah ke Semenyih... separuh jiwaku pergi! Kami sekeluarga dah mati kutu nak makan apa. Memang setakat ni kami tak jumpa tempat makan best. Ke kami yang tak jumpa tak tahulah.


Kalau nak makan sedap sikit dan rajin, kami akan ke Bangi. Itu pun bukan selalu. Oh! Rindunya makanan di Shah Alam.

Sekian. Entry santai. Wassalam.

3 comments:

Aty_Fared said...

iyeerr kak..shah alam memang besh ngan makanan..merata macam2 makanan ada..sekrang pon kalau nak carik makan besh2.. masih lagi sanggup ke shah alam nun ha dari rawang ni.. sebab dah terbiasa....:)

Rahayu Abdul Rashid said...

Atie warganegara shah alam lagi la expert kan... rindunya lontong klang.. nasik kerabu seksyen 9... alahai telan airliur jer laaa

zailahafni said...

Betul. Saya pun terpaksa mengaku Shah Alam memang banyak makanan best2. Maka tak kurus la jawapannya. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...