Sedekah yang Mudah dan Jimat

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi

Kita mungkin tidak mampu bersedekah dengan wang ringgit.
Kita mungkin tidak mampu meng-infakkan harta benda. 
Kerana kita hidup seadanya. 

Tapi... jangan bataskan diri kita daripada amalan bersedekah kerana faktor di atas.
Kita semua mampu bersedekah. 
Setiap hari... di mana sahaja.

Bagaimana?

Beri haiwan makan minum pun satu sedekah yang tak terhitung nilai pahalanya.
Ia menyemai rasa belas kasihan sesama makhluk.

Bersedekahlah walau hanya dengan lebihan nasi, ikan, keropok atau apa sahaja yang boleh dimakan haiwan.
Mereka akan mendoakan kita. 
InsyaAllah, dengan izinNya... makhluk Allah ini mungkin membantu kita dari dijamah api neraka.


Semoga sedekah juga membuka pintu rezeki dan keberkatan rezeki buat kita. 
Amin.

Salam sayang.
Rahayu Abdul Rashid


IKLAN

Comments

Popular Posts