Wednesday, August 6, 2014

Kembali Bersiaran di Blog Panduan WAHM Bersama Ayu Rashid

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin daripada saya Ayu Rashid dan seisi keluarga. 

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan andai ada saya tersilap dan mengguris perasaan para pembaca dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.


Macam mana dengan sambutan hari raya rakan-rakan semua? Pasti penuh dengan suka dan duka. Kita meraikan Aidilfitri 2014 ini dengan penuh kesayuan. Malah seluruh dunia turut meratapi musibah yang berlaku. 


Namun, sebagai hambaNya kita tetap mampu menadah tangan dan berdoa, semoga Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam di Gaza. Begitu juga mangsa MH370 dan MH17. Bersabarlah wahai keluarga mereka sekalian. SesungguhNya Allah itu Maha Pengasih. Dia tidak pernah menganiaya hambaNya. 


Itulah juga salah satu tanda 'kasih dan rindu' daripadaNya. Untuk mendengar kita semua (bukan sahaja keluarga mangsa, tetapi kita semua!) merintih dan merayu kepadaNya. DIA rindukan kita. Setiap musibah, pasti ada hikmahNya.


InsyaAllah, saya akan kembali semula aktif menulis di blog ini, di Fanpage Panduan WAHM Bersama Ayu Rashid dan juga di blog peribadi saya iaitu www.ayurashid.com


Demam raya masih lagi melanda, namun semoga saya dan kita semua tidak demam untuk aktif berbisnes semula dan kepada yang bekerja, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.


Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...