Kelas Asas Blog| Kenapa 44 Entries?

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Image: ABDR & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hari Isnin datang lagi, bermakna bermulalah lagi perjuangan baru untuk minggu ini. Minggu yang sudah masuk ke pertengahan bulan Ogos. 

Alhamdulillah juga, bulan ini sudah masuk bulan keempat saya menyertai Akademi Bekerja di Rumah. Dengan modal yuran sebanyak RM200 untuk Pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage, dalam bulan pertama sahaja saya sudah mendapat semula pulangan RM200 dan lebih daripada itu. 



Pada pagi yang masih sejuk dan segar ini (saya selalunya update blog pada pukul 7.15 pagi) sesudah anak sulung pergi sekolah agama pada jam 7.00 pagi dan selalunya anak kedua saya yang berumur 3 tahun lebih masih tidur lagi. 

Inilah waktu paling sesuai untuk saya update kedua-dua blog saya. Tapi selalunya saya hanya update blog ini sahaja kerana blog ini memerlukan idea yang lebih bernas sedangkan blog peribadi lebih santai yang selalunya saya update pada waktu tengahari atau petang. 




Memiliki beberapa buah blog bukan alasan untuk kita membiarkannya bersawang. Eh! Saya ada juga beberapa blog lain. Namun begitu, keutamaan saya adalah untuk blog yang saya nyatakan dalam gambar di atas. 

Bagaimana untuk kekal konsisten dalam berblog?

Dalam Akademi Bekerja di Rumah, kami diberi tugasan untuk menyiapkan 44 entries blog. Tempoh masa adalah fleksibel. Bergantung kepada individu. Tepuk dada, tanya keinginan kita. Ianya bergantung kepada komitment dan tanggungjawab kita pada diri kita sendiri. Bukan pada Pengasas Akademi, Cikgu Online atau Pengurus Online Akademi yang mendaftarkan kita.

Kenapa perlu siapkan 44 Entries sebagai salah satu tugasan apabila menyertai Kelas Asas Blog Bisnes/Penulisan?

Ini adalah juga jawapan untuk persoalan Bagaimana untuk kekal konsisten dalam berblog (soalan di atas)!

Dengan 44 entries, InsyaAllah. Walaupun kita hanya bloggger yang baru, tidak biasa menulis, tiada idea nak tulis apa, ia dapat melatih kita menulis. Ia adalah konsep Istiqamah. Buat secara berterusan. Seboleh-bolehnya 1 entry setiap hari.

Tak guna mengeluh belum mendapat apa-apa hasil sedangkan kita baru buat beberapa entries! Google pun tak sempat nak 'kenal' kita, sebab terlalu sedikit kita 'jumpa' dia. Begitulah konsep secara ringkas.

Kalau tak biasa, biasakan. Kalau takder idea nak taip apa, taip saja apa yang terlintas difikiran. Jangan tulis yang negatif sudahlah yer. Make it simple and short pun tak mengapa. Kalau macam saya, alhamdulillah idea akan mencurah-curah apabila dah meroyan letak jari atas keyboard! Dah start tu, nak berenti pun susah. Sudahnya... panjang berjela entrynya. Maka, jangan bosan membacanya :)

Jadi, kepada rakan-rakan ABDR yang masih belum berkesempatan menyiapkan tugasan 44 entries dan tugasan lain, saya galakkan anda semua berbuat demikian. Saya bersedia berkongsi pengalaman dan tips berblog. Walaupun saya hanya blogger picisan, namun Alhamdulillah. Berkat saya konsisten berblog dan semestinya ia adalah rezeki daripada Allah, saya mendapat hasilnya.

Kalau tidak dipecahkan ruyung... manakan dapat sagunya.

*Nampak tak, bukan main panjang berceloteh! Ok sampai disini saja untuk pagi ini. InsyaAllah kita berjumpa lagi. Selamat menempuhi hari-hari yang hebat kerana kita semua dijadikan hebat dengan cara kita tersendiri!

Wassalam dan salam sayang.

IKLAN

Marine Essence Green Beauty Set
(3 in 1)
1. sebotol Body Wash
2. Sebotol Syampu
3. seketul Beauty Bar

RM100 sahaja termasuk Postage!

Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan pembelian:
Rahayu Abdul Rashid
013 - 255 0727

Comments

Popular Posts